Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all 7853 articles
Browse latest View live

Tergamak pijak muka bayi

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

AKIBAT ketagihan dadah dan mengalami tekanan hidup, lelaki berusia 23 tahun tergamak memijak muka dan memukul anak saudaranya berusia dua tahun 11 bulan yang sedang tidur sehingga mangsa mengalami sesak nafas di sebuah flat di Taman Bagan Jaya, Butterworth, malam tadi.

Ibu mangsa yang berada di luar rumah terkejut mendengar tangisan dan jeritan bayi lelaki itu sebelum mendapati adik tirinya sedang memukul dan memijak muka zuriatnya pada 9.15 malam.

Susulan laporan dibuat ibu mangsa, polis menahan lelaki terbabit di tempat kejadian 1.19 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, wanita itu terdengar tangisan anaknya dan terkejut melihat adik tirinya memukul serta memijak badan anak lelakinya yang sedang tidur hingga sesak nafas.

“Wanita itu segera membawa anaknya ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan bersyukur anaknya tidak mengalami kecederaan serius.

"Laporan perubatan mendapati mangsa bengkak di muka dan kini dilaporkan stabil," katanya.

Noorzainy berkata, siasatan awal mendapati suspek yang juga penganggur bertindak sedemikian kerana berada dalam ketagihan dadah dan mengalami tekanan hidup.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis morfin dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Image: 

AKIBAT ketagihan dadah dan mengalami tekanan hidup, lelaki berusia 23 tahun tergamak memijak muka dan memukul anak saudaranya berusia dua tahun 11 bulan yang sedang tidur sehingga mangsa mengalami sesak nafas di sebuah flat di Taman Bagan Jaya, Butterworth, malam tadi.


Yeh Sekupang sudah tiada

$
0
0
Utama

yati@hmetro.com.my

PELAKON, Rab Khalid, 48, disahkan meninggal dunia 4.15 petang di Unit Penjagaan Koronari (CCU) Hospital Ampang akibat serangan jantung.

Rab atau nama sebenarnya, Khalid Shamsuri dimasukkan ke hospital berkenaan untuk rawatan lanjut sejak semalam selepas dia yang masih bujang mengadu sakit dada dan tidak sihat dengan rakan serumahnya.

Adiknya, Mohd Abbas Shamsuri, 43, ketika dihubungi berkata, semua ahli keluarga reda dengan kehilangan itu.

"Cuma, ada hasrat arwah yang tidak kesampaian iaitu kerjasama kami membuka perniagaan kafe.

"Segala urusan kafe sudah dibuat dan kami merancang membuka operasinya pada 5 Februari ini di Kelana Jaya," katanya.

Menurut Mohd Abbas, dia juga baru berjumpa arwah abangnya minggu lalu dan mereka juga saling menghubungi setiap hari.

"Hubungan saya dan arwah abang sangat rapat. Jadi, kehilangan dia kini amat dirasai.

"Apatah lagi, perancangan kafe kami harus ditangguhkan itu saya belum fikir lagi perancangan seterusnya selepas arwah tiada," katanya.

Mengenai urusan pengebumian, Mohd Abbas berkata Allahyarham Rab akan dikebumikan di Parit Buntar, Perak sekitar pagi esok selepas disembahyangkan di masjid kampung itu.

Ujarnya lagi, urusan mandi dan kafan jenazah dilakukan di Hospital Ampang sebelum dibawa pulang ke Parit Buntar pada malam ini.

Terdahulu, Rab dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut akibat serangan jantung kali kedua.

Pun begitu, sekitar 5 pagi tadi keadaan Rab makin kritikal dan bergantung pada alat sokongan hayat.

Rab anak kedua daripada enam beradik sangat dikenali dengan lakonan komedi bersahaja menerusi beberapa karya Mamat Khalid yang di bintangi seperti Hantu Kak Limah, Hussin, Mon & Jin Pakai Toncit, Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya dan 16 Puasa.

Allahyarham juga sangat dikenali dengan panggilan Yeh Sekupang iaitu watak dilakonkan dalam filem Rumah Pusaka Di Simpang Jalan juga arahan Mamat.

Image: 

PELAKON, Rab Khalid, 48, disahkan meninggal dunia 4.15 petang di Unit Penjagaan Koronari (CCU) Hospital Ampang akibat serangan jantung.

Metro@7 - 25 Januari 2018

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

• Pelakon Datuk Farid Kamil Zahari, 37, mengaku tidak bersalah atas tuduhan guna dadah 11-nor-delta-9-tetrahydro cannabinol-9-carboxylic acid (THC).

• Suri rumah, 44, dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh suaminya. Turut dituduh, anak lelakinya, 17, dan dua rakan remaja itu.

• Dua kakitangan agensi kerajaan direman enam hari selepas didakwa meminta dan menerima suapan dua helai baju T jenama Harley Davidson bernilai RM456.03.

• Pengerusi syarikat perunding kejuruteraan bergelar Datuk Seri direman lima hari bagi membantu siasatan projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya di Pulau Pinang.

• Penganggur dituduh mencuri sarang lebah kelulut bernilai RM5,000 di Ladang Felcra, Tebing Tinggi di Bukit Bayan.

• Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd (KMSB) lancar Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki 2018 dengan tema "Fikir Keselamatan, Tunggang Dengan Bertanggunjawab".

Image: 

• Pelakon Datuk Farid Kamil Zahari, 37, mengaku tidak bersalah atas tuduhan guna dadah 11-nor-delta-9-tetrahydro cannabinol-9-carboxylic acid (THC).

metro@7 - 25 JANUARI 2018

Alolo... comelnya dia bawa bantal busuk [METROTV]

$
0
0
Utama

mazizul@hmetro.com.my

"KEPADA yang kurang faham, t*t*k putih itu adalah gelaran untuk bantal busuk yang diberikan keluarganya sejak turun temurun dan bukan bermaksud lucah," kata guru prasekolah, Mohd Aidil Firdaus Mohd Fok, 29, selepas video anak muridnya memegang bantal berkenaan di dalam kelas tular di Facebook (FB).

Mohd Aidil Firdaus berkata, video itu dirakam Isnin lalu ketika waktu rehat dan bukan ketika sesi pembelajaran di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Melayu di Miri, Sarawak.

"Biasalah, kanak-kanak prasekolah yang baru saja masuk sekolah, mereka sedang dalam proses untuk membiasakan diri dan terbawa bantal mereka sekali.

"Murid itu namanya, Rafa Aqil Rizqi Tarmizi, 5, dan saya minta dia tunjukkan macam mana dia gunakan bantal itu seperti dalam video.

"Memang bila saya tanya itu bantal busuk ke? Dia jawab 'sik' (tidak) sebab dia sendiri tidak tahu istilah bantal busuk itu apa, yang dia tahu t*t*k putih," katanya.

Mohd Aidil Firdaus yang berasal dari Alor Setar, Kedah berkata, telatah comel anak muridnya itu antara 1001 pengalaman yang dikutipnya sepanjang bergelar guru prasekolah selama lima tahun.

"Mereka ini umpama sehelai kain putih yang kosong dan dia datang ke sekolah untuk ilmu seperti macam mana untuk mereka berdikari.

"Saya tidak marah pun dia bawa bantal busuk ke sekolah, tetapi saya pesan kepadanya, yang bantal itu hanya digunakan di rumah saja," katanya yang sudah tiga tahun mengajar di sekolah berkenaan.

Gelagat comel Rafa Aqil Rizqi menerusi video berdurasi 49 saat itu setakat ini sudah dikongsi lebih 2,600 kali dan ditonton lebih 346,000 kali.

Image: 

"KEPADA yang kurang faham, t*t*k putih itu adalah gelaran untuk bantal busuk yang diberikan keluarganya sejak turun temurun dan bukan bermaksud lucah," kata guru prasekolah, Mohd Aidil Firdaus Mohd Fok, 29, selepas video anak muridnya memegang bantal berkenaan di dalam kelas tular di Facebook (FB).

Comelnya dia bawa bantal busuk

Derita dalam diam pesakit OCD [METROTV]

$
0
0
Utama

asrizal.aris@hmetro.com.my

BERADA di dalam bilik air berjam-jam, melakukan sesuatu perkara berulang-ulang dan mengelak untuk berjabat tangan, memegang tombol pintu, butang lif atau meja makan.

Itu antara simptom yang sukar ditinggalkan oleh penghidap Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) sehingga ada antara mereka diberhentikan kerja, hampir dibuang daripada institusi pengajian tinggi (IPT) selain bergaduh dengan ahli keluarga.

Penghidap OCD suka melakukan sesuatu perkara secara berulang-ulang kerana merasakan apa yang dilakukan sebelum itu tidak sempurna selain sentiasa merasa resah, tertekan dan cemas.

Kerani yang mahu dikenali sebagai Linda, 32, berkata, dia mula mengalami ketidakcelaruan perasaan dan kerap berfikiran negatif sejak remaja sehingga menyebabkan dia kerap melakukan sesuatu kitaran yang tidak berakhir.

Katanya, sikapnya yang 'pantang' dengan kekotoran dan tidak boleh mengawal kerisauan menyebabkan dia sering ditertawakan oleh rakan serta ditegur keluarga.

"Dalam keluarga, hanya saya seorang saja yang begini (menghidap OCD). Saya akui sikap ini mengganggu rutin harian saya, keluarga dan rakan-rakan tetapi saya tidak boleh buang perasaan itu.

"Sudah lima kali saya bertukar tempat kerja, dua daripadanya diberhentikan sebab saya terlalu banyak menghabiskan masa di bilik air untuk mencuci tangan dan muka serta membuat panggilan kepada orang yang sama berulang kali.


Penghidap OCD kerap melakukan sesuatu perkara berulang-ulang seperti membasuh tangan. FOTO Shahrul Redzuan, Mohamad Allyme dan Saiful Iskandar

"Kerisauan itu sentiasa ada, kadang-kadang pegang pen atau pensel pun saya rasa mahu basuh tangan sebab merasakan ada kuman yang akan memudaratkan diri," katanya.

Menurutnya, dia juga pernah berpatah balik dari Kuala Lumpur ke Melaka dengan menaiki kereta hanya kerana risaukan tingkap rumahnya belum ditutup rapat.

Penghidap OCD, Muhammad Idham Mohd Rashidi, 25, berkata, dia bercelaru apabila berada di dalam bilik air kerana terlalu memikirkan persekitarannya dipenuhi dengan najis.

"Dalam kepala akan fikir semua yang ada dalam bilik air itu kotor, tambahan pula keadaan bilik air itu basah. Saya rasa seperti percikan air ketika membersihkan najis itu terkena pada semua tempat.

"Contohnya hos pada paip di bilik air yang berada di lantai atau berdekatan mangkuk tandas, saya akan basuh menggunakan sabun sampai puas hati.

"Dan saya sendiri akan membersihkan diri dalam waktu yang agak lama dalam bilik air kerana saya sukar merasakan diri saya bersih selepas membuang air," katanya ketika ditemui.

Menurutnya yang bekerja sendiri, dia sangat teliti dalam melakukan sesuatu perkara supaya dihabiskan dengan sempurna contohnya menutup paip air dengan ketat sehingga tiada titisan air yang keluar.

"Saya pernah patahkan paip plastik kerana mahu pastikan paip itu ditutup dengan rapat. Begitu juga ketika mengambil wuduk, selain mengambil masa yang lama, saya akan pastikan semua paip di kawasan itu ditutup rapat," katanya.


Penghidap OCD juga obses dengan susun atur dan struktur. FOTO Shahrul Redzuan, Mohamad Allyme dan Saiful Iskandar

Sementara itu, Aktivis Sokongan Pesakit Mental, Syazwan Jaafar, berkata, setiap manusia mempunyai tahap kebersihan dan kerisauan sendiri namun bagi pesakit OCD ia tidak boleh dikawal dan melampau.

Katanya, pesakit OCD mempunyai simptom yang terbahagi kepada empat kategori iaitu kebersihan, keselamatan, kepercayaan (spiritual) dan susun atur (struktur) yang mana terdapat pesakit yang memiliki lebih daripada dua kategori berkenaan.

"Kebanyakan pesakit OCD ini obses dengan aspek kebersihan dan keselamatan. Kaedah rawatan yang saya dan kumpulan saya terapkan adalah menggabungkan beberapa kaedah.

"Kaedah pertama ialah menggunakan cara Islam iaitu hadis dan sunnah (rukyah) dengan membacakan kalimah suci ke air minuman untuk memulihkan pesakit daripada bisikan was-was daripada syaitan.

"Keduanya kami sarankan pesakit untuk merujuk pakar psikiatrik atau psikologi," katanya yang juga Imam Masjid Al-Qurtubi, Taman Sri Segambut.

Menurut penceramah bebas itu, kumpulannya aktif mengadakan seminar dan program kaunseling yang mendapat kerjasama pusat rawatan Darussyifa' dan doktor pakar sebagai saluran pesakit OCD menjalani terapi dan latihan pemikiran.


Penghidap OCD juga obses dengan susun atur dan struktur. FOTO Shahrul Redzuan, Mohamad Allyme dan Saiful Iskandar

Bekas Setiausaha Persatuan Psikiatri Malaysia Dr Hazli Zakaria berkata, pesakit OCD mempunyai peluang untuk mengurangkan penderitaan dengan diberi rawatan melalui kombinasi ubatan serta kaunseling atau psikoterapi.

“Memang ada ubatan yang diberi sama jenis dengan disediakan untuk penghidap masalah mental, namun tujuannya berbeza. Bagi penghidap masalah mental, ubatan itu untuk mengurangkan kemurungan tapi bagi penderita OCD, ia bagi membantu mengurangkan kerisauan.

“Bagi psikoterapi, kami menyediakan rawatan dikenali sebagai terapi perlakuan kognitif. Ubatan serta terapi ini boleh diperoleh di hospital atau klinik dan ia diberikan oleh pakar psikiatri serta psikologi klinikal,” katanya.

Menurutnya, rawatan bagi penderita OCD juga perlu mengambil kira semua perkara seperti biologikal, psikologikal serta persekitaran sosial individu berkenaan.

Kata Dr Hazli, meskipun kebanyakan penderita OCD ini tahu mereka bermasalah, namun enggan mendapatkan rawatan awal kerana bimbang dilabel sebagai pesakit mental.

Image: 
Image: 
Image: 

BERADA di dalam bilik air berjam-jam, melakukan sesuatu perkara berulang-ulang dan mengelak untuk berjabat tangan, memegang tombol pintu, butang lif atau meja makan.

Jangan main-main dengan OCD

Laungan azan untuk ayah [METROTV]

$
0
0
Utama

surayaroslan@hmetro.com.my

USAHA kanak-kanak ini melaungkan azan setiap hari sejak tiga tahun lalu untuk bapa tercinta yang terlantar sakit akibat kemalangan jalan raya sangat meruntun jiwa siapa saja yang melihat kegigihannya,

Selain berdoa, kanak-kanak itu, Raden Nabil Zakiyudin R Zakariya, 11, atau mesra dipanggil Nabil akan melaungkan azan setiap hari sebagai salah satu usaha untuk menyembuhkan bapanya, R Zakariya R Abdul Hamid, 51, yang mengalami kerosakan saraf selepas dilanggar sebuah kereta.

Bagi Nabil, apalah sangat usaha kecil dilakukan berbanding dengan pengorbanan bapa membesarkannya selama ini.

Rutin harian itu dilakukan setiap kali Nabil pulang dan pergi ke sekolah dengan harapan bapanya mampu bangun untuk menemaninya solat jemaah di masjid yang terletak di depan rumah.

Anak bongsu daripada empat beradik itu berkata, dia yang pernah memenangi tempat ketiga pertandingan laungan azan anjuran Masjid Jami’il Huda, Kampung Melayu Ampang, sebelum ini kerap diberi tanggungjawab oleh jemaah masjid untuk melaungkan azan.

“Sebelum melaung azan di masjid, saya akan berlatih di depan ayah terlebih dulu dengan pelbagai taranum (lagu) bagi melancarkan bacaan di masjid.

“Walaupun ayah tidak boleh bercakap dan bergerak namun lirikan matanya cukup untuk menguatkan semangat sebelum ‘memanggil’ orang ramai solat berjemaah,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.


Nabil sentiasa berharap bapanya sembuh. FOTO Khairus Ramli

Murid Sekolah Rendah Islam Ilmi, Taman Rasmi Jaya itu berkata, dia faham dengan pergerakan mata bapa selepas laungan azan, mungkin dendangan ayat suci itu mampu menenangkan jiwa serta terapi rohani untuk bapanya segera sembuh.

“Saya mahu ayah cepat sembuh dan menemani saya solat di masjid setiap hari seperti sebelum ini. Saya rindu untuk solat berjemaah dengan ayah.

“Apa yang saya harapkan kini adalah ayah sembuh dan menjalani kehidupan normal. Saya tidak akan berhenti melaungkan azan dan membaca kalimah suci al-Quran untuk menyembuhkan ayah,” katanya yang bercita-cita mahu menjadi seorang pendakwah.

Nabil berkata, dia berharap orang ramai dapat mendoakan bapanya segera sembuh dan semoga impian untuk melihatnya bergelar pendakwah tercapai satu hari nanti.

“Dulu saya akan ke masjid bersama ayah setiap waktu untuk solat berjemaah. Ayah berpesan jika solat jemaah di masjid, Allah SWT menggandakan 70 kali ganda pahala berbanding solat bersendirian,” katanya.


Nabil melaungkan azan setiap kali pulang dan pergi ke sekolah dengan harapan bapanya mampu bangun untuk menemaninya solat jemaah di masjid yang terletak di depan rumah. FOTO Khairus Ramli

Sebelum ini, tular di Facebook video rakaman Nabil melaungkan azan sebagai usaha supaya bapanya yang mengalami kegagalan saraf berfungsi pulih selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Petaling Jaya, 20 April 2015.

Anak sulung R Zakariya, Raden Muhamad Nafis Zaki, 27, berkata, bapanya yang juga seorang kontraktor terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja di Petaling Jaya.

“Ayah menunggang motosikal dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta sebelum doktor mengesahkan urat saraf tidak lagi berfungsi.

“Saya terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu lori demi membantu ayah yang sudah tidak mampu bergerak. Kalau bekerja mungkin majikan tidak suka kerana terpaksa selalu mengambil cuti untuk bawa ayah berubat,” katanya.

Menurutnya, selepas kemalangan itu dia sudah tiga tahun tidak tidur malam kerana bapanya perlu diawasi dengan lebih rapi terutama jika tiub di lehernya tercabut.

“Saya perlu berkorban untuk ayah demi menjaga dia lebih sempurna, saya akan mengambil alih tugas menjaga ayah sebelah malam daripada ibu dengan memberi susu setiap 12 tengah malam dan 4 pagi.

“Terima kasih kepada yang mendoakan ayah sembuh dan kami menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor iaitu bekalan susu,”€ katanya yang boleh dihubungi di talian 01121916258.

Image: 
Image: 

USAHA kanak-kanak ini melaungkan azan setiap hari sejak tiga tahun lalu untuk bapa tercinta yang terlantar sakit akibat kemalangan jalan raya sangat meruntun jiwa siapa saja yang melihat kegigihannya,

Laungan azan untuk ayah

Alhamdulillah Jihan timang baby boy

$
0
0
Utama

sudirman@hmetro.com.my

PENGACARA Jihan Muse selamat bersalin anak lelaki di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor, jam 10.15, malam tadi.

Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 35, melahirkan bayi seberat 3.85 kilogram itu secara pembedahan.

"Kelmarin, saya sudah rasa nak bersalin. Tetapi saya relax lagi. Saya buat biasa saja dan sempat makan malam dengan pengurus. Jadi, pagi semalam saya pergi juga hospital untuk buat pemeriksaan tetapi doktor suruh pulang sebab belum ada bukaan.

"Namun, pada tengah hari semalam saya rasa sakit dan pergi semula ke hospital. Selepas diperiksa dan sudah ada bukaan, saya terus dimasukkan wad.

"Alhamdulillah, saya selamat bersalin biarpun melalui proses pembedahan. Saya bersyukur Allah permudahkan segala urusan. Terima kasih kepada semua yang tidak berhenti mendoakan saya," katanya kepada Harian Metro.

Jihan berkata, dia mengalami demam dan perlukan sedikit rehat.

Sementara itu, wakil syarikat pengurusannya, Laugh Out Loud Entertainment, Afeeq Abd Wahab dalam satu kenyataan memaklumkan Jihan akan berehat selama dua bulan daripada aktiviti seni bagi memberi tumpuan terhadap keluarga.

"Jihan dan bayinya dalam keadaan baik dan sedang berehat. Memandangkan ini kelahiran sulungnya, Jihan akan menumpukan perhatian sepanjang tempoh itu.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan terdekat, media serta peminat," katanya.

Terdahulu, Jihan dan suami, Ungku Hariz, 32, mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu.

Image: 

PENGACARA Jihan Muse selamat bersalin anak lelaki di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor, jam 10.15, malam tadi.

Rentung sambil memeluk erat beg sekolah

$
0
0
Utama

fardy@hmetro.com.my

“DIA cucu yang rajin dan sangat suka pergi ke sekolah. Malah, dia sangat teruja memasuki Tahun Satu sehinggakan mayatnya ditemui dengan keadaan memeluk erat beg sekolah," kata Mohd Azmi Raji, 51, datuk kepada Siti Halaidah, 7, kanak-kanak yang rentung selepas rumah didiami 10 sekeluarga terbakar di di Kampung Tembongon, Putatan, dekat Penampang, hari ini.

Pada kejadian 3.30 pagi itu, mayat Siti Halaidah ditemui berhampiran dengan pintu keluar tingkat bawah rumahnya.

Kebakaran turut memusnahkan tiga lagi rumah bersebelahan dengan kediaman itu.

Ibu kanak-kanak itu, Siti Sarta Mohd Azmi, 26, juga melecur 50 peratus pada badannya dan kini masih dirawat di Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1) Kota Kinabalu.

Menceritakan kejadian, Mohd Azmi yang juga buruh binaan berkata, dia tersedar daripada tidur selepas terasa bahang panas.

Katanya, ketika itu, dia turut terdengar bunyi rekahan kayu yang dimamah api.

Menurutnya, sebaik membuka mata, dia melihat api sudah membakar hampir keseluruhan siling tingkat bawah rumahnya.

"Saya segera mengejutkan isteri sebelum naik ke tingkat atas untuk mengarahkan tiga anak serta lima cucu kami untuk segera keluar daripada rumah.

"Api sudah terlalu besar. Saya terpaksa menahan bahang api yang panas kerana mahu menyiram air di pintu keluar untuk memudahkan anak dan cucu-cucu keluar ke tempat selamat," katanya yang turut melecur di bahagian belakang badan.

Lelaki itu berkata, dia baru sedar Siti Halaidah tidak berada bersama-sama ahli keluarga apabila mereka berjaya keluar dari rumah itu.

Katanya, dalam keadaan panik, mereka beberapa kali cuba masuk semula ke dalam rumah, namun tidak berjaya kerana api sudah terlalu besar.

Menurutnya, Siti Sarta kemudian nekad untuk meredah api dan masuk ke dalam rumah yang terbakar untuk mencari Siti Halaidah.

"Bagaimanapun, dia gagal menemui anaknya itu kerana api sudah marak," katanya.

Mohd Azmi berkata, dia amat sedih dengan kejadian itu memandangkan Siti Halaidah amat rapat dengannya.

"Saya dan isteri yang menjaganya setiap hari apabila Siti Sarta bekerja sebagai pembantu kedai kraf di pusat bandar raya," katanya sambil mengalirkan air mata.

Menurutnya, mereka sudah kehilangan segala-galanya dan kini terpaksa menumpang di rumah ahli keluarga lain untuk meneruskan hidup mereka.

Difahamkan, mayat Siti Haialdah yang juga anak sulung daripada lima beradik dihantar ke HQE 1 untuk bedah siasat.

Berita berkaitan

Sebaknya, kanak-kanak 7 tahun rentung

Image: 
Image: 

“DIA cucu yang rajin dan sangat suka pergi ke sekolah. Malah, dia sangat teruja memasuki Tahun Satu sehinggakan mayatnya ditemui dengan keadaan memeluk erat beg sekolah," kata Mohd Azmi Raji, 51, datuk kepada Siti Halaidah, 7, kanak-kanak yang rentung selepas rumah didiami 10 sekeluarga terbakar di di Kampung Tembongon, Putatan, dekat Penampang, hari ini.


Nak merasa menembak punya pasal

$
0
0
Utama

hafizee@hmetro.com.my

“INI pengajaran untuk saya kerana saya memang tidak tahu ia menjadi kesalahan.

“Sebelum ini saya banyak berlakon filem action (aksi), jadi saya ingin rasa sendiri bagaimana menembak menggunakan senapang sebenar,” kata Hairul Azreen Idris, 30.

Hairul yang ditemui selepas lebih dua jam memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di Seri Iskandar berkata, dia tidak menyangka video yang dirakam dua tahun lalu itu kembali tular pada tahun ini.

Namun katanya, dia memohon maaf kepada semua pihak dengan tindakannya itu dan akan menjadikan apa yang dilaluinya itu sebagai pengajaran serta tidak akan mengulangi kesalahan seperti itu.

Katanya, dia kini dibebaskan dengan jaminan polis selepas lebih dua jam memberikan keterangan kepada pegawai penyiasat.

"Alhamdulillah, saya sudah berikan kerjasama dengan polis dan biarlah polis menyiasat kes ini.

"Cuma bagi saya, ini adalah pengajaran paling berguna serta tidak akan mengulanginya lagi dan berharap semua pihak tidak akan melakukan kesalahan seperti dilakukan saya," katanya yang ditemui di IPD Perak Tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah dalam sidang medianya pagi tadi memaklumkan siasatan polis dilakukan terhadap Hairul Azreen dan bapa saudaranya berusia 70 tahun membabitkan kes melepaskan tembakan tanpa lesen.

Katanya, ia selepas video berdurasi 49 saat menunjukkan aksi juara Fear Factor Selebriti Malaysia musim pertama itu melepaskan dua das tembakan ke udara tular di Youtube sejak beberapa hari lalu.

Berita berkaitan

Apa hal ni Hairul?

Image: 

“INI pengajaran untuk saya kerana saya memang tidak tahu ia menjadi kesalahan.

Metro@7 - 26 Januari 2018

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

• Pelakon, Hairul Azreen Idris, 30, memohon maaf atas tindakannya melepaskan tembakan tanpa lesen selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di Seri Iskandar 2.05 petang.

• Guru yang didakwa mengalami masalah mental dan mengamuk di sebuah sekolah di Kulim Kedah ditempatkan ke Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah.

• 50 peneroka Hutan Simpan Raja Musa membuat bantahan di Parit 6, Bestari Jaya, selepas tanah yang mereka terokai ditebang tiba-tiba tanpa notis.

• 22 pengiat seni veteran berlepas menunaikan umrah termasuk Hamid Gurkha; Sulaiman Yassin; Sahara Yaacob; Zaiton Sameon dan Shima.

• Tiga tan beras, 6,000 telur ayam, 1,000 kilogram minyak masak, tepung gandum dan gula berjaya dijual dalam tempoh tiga jam pada program ‘Jualan Sentuhan Rakyat’.

Image: 

• Pelakon, Hairul Azreen Idris, 30, memohon maaf atas tindakannya melepaskan tembakan tanpa lesen selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di Seri Iskandar 2.05 petang.

Metro@7 - 26 JANUARI 2018

Tahniah Yuna, Adam

$
0
0
Utama

najiy.jefri@hmetro.com.my

Penyanyi Yunalis Mat Zara’ai atau lebih dikenali sebagai Yuna, 32, selamat bernikah dengan jejaka pilihan hatinya, Adam Yuosof Mohamed Sinclair, 34, tepat 7 petang tadi di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

Pasangan mempelai dinikahkan Jurunikah Majlis Agama Bentong, Ustaz Azmi dengan hanya sekali lafaz.

Yuna yang manis dalam persalinan rekaan Hatta Dolmat menerima sembilan dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas 11 dulang.

Manakala mas kahwin dan wang hantaran dirahsiakan.

Majlis yang diadakan secara tertutup dihadiri 300 tetamu membabitkan keluarga dan rakan terdekat dari Malaysia dan Amerika Syarikat.

“Terima kasih atas doa dan sokongan daripada semua pihak,” katanya ringkas.

Yuna dan Adam akan mengadakan sidang media khas esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya bagi berkongsi lanjut mengenai pernikahan mereka.

Pasangan ini bakal mengadakan majlis resepsi pada Ahad ini di hotel ternama di Kuala Lumpur.

Terdahulu Yuna dan Adam bertunang pada 5 Ogos lalu.

Image: 

Penyanyi Yunalis Mat Zara’ai atau lebih dikenali sebagai Yuna, 32, selamat bernikah dengan jejaka pilihan hatinya, Adam Yuosof Mohamed Sinclair, 34, tepat 7 petang tadi di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

Rasukan 'game' dorong bunuh

$
0
0
Utama

DUA pelajar sekolah berusia 16 tahun yang disyaki membunuh pemandu Grab di Semarang, Sabtu lalu, dipercayai melakukannya kerana terpengaruh dengan aksi ganas permainan video.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Semarang, Fahmi Arifriyanto, pihaknya percaya dua remaja terbabit diinspirasikan permainan video yang bersifat sadis, selain filem yang berunsur ganas.

Media Indonesia melaporkan Ketua Polis Kota Besar Semarang, Abiyoso Seno Aji, berkata dalam kejadian kira-kira 9 malam Sabtu lalu, dua remaja terbabit memesan perkhidmatan Grab dan membawa pisau belati masuk ke dalam kenderaan.

Seorang daripadanya duduk di sebelah pemandu, Deny Setiawan, 25, manakala seorang lagi di belakang. Selepas mengajak Deny berbual, suspek yang duduk di belakang tiba-tiba mengelar leher mangsa.

Mayat Deny kemudian ditinggalkan di tepi jalan, telefon bimbitnya ditanam berhampiran sungai manakala keretanya ditinggalkan di kawasan lain.

“Mereka dipercayai meninggalkan kereta mangsa dengan niat mengambilnya selepas keadaan lebih reda.

“Suspek juga mengajak beberapa rakan lain mengikuti perancangan itu tetapi mereka tidak berani menyertainya,” katanya.

Sementara itu, Detik News melaporkan Abiyoso berkata, suspek bagaimanapun mendakwa membunuh mangsa kerana memerlukan wang untuk membayar yuran persekolahan.

Namun, menurutnya, dakwaan itu diragui kerana pihak sekolah menyatakan mereka bukan dari keluarga susah.

“Remaja pertama, sebahagian wang yuran sudah diberikan ibu bapanya dan tiada keperluan untuk membayar selebihnya dalam masa terdekat.

“Suspek kedua tinggal bersama ibu angkatnya yang amat dihormati serta memegang jawatan profesional,” katanya.

Dua remaja terbabit ditahan di rumah masing-masing susulan penemuan mayat Deny dan menurut Abiyoso, walaupun masih bawah umur, dua remaja berkenaan mungkin didakwa membunuh seperti orang dewasa.

Sementara itu, guru dan rakan remaja terbabit terkejut dengan kejadian itu kerana pelajar berkenaan berperwatakan baik, malah selamba menghadiri sesi persekolahan, Isnin lalu, selepas membunuh mangsa walaupun dikenakan tindakan disiplin kerana terlewat.

Image: 

DUA pelajar sekolah berusia 16 tahun yang disyaki membunuh pemandu Grab di Semarang, Sabtu lalu, dipercayai melakukannya kerana terpengaruh dengan aksi ganas permainan video.

Ibu bantah, akad nikah di balai polis

$
0
0
Utama

SEPASANG pengantin melangsungkan pernikahan mereka di Balai Polis Laweyan, Solo, Jawa Tengah, hari ini, selepas majlis pernikahan yang sepatutnya diadakan di sebuah restoran terpaksa dibatalkan akibat bantahan keluarga pengantin lelaki.

Aditya Bagus Febriyantono , 27, dari Jebres, dan Ratri Listyorini, 30, dari Laweyan diakad nikah di balai polis berkenaan dengan Ketua Polis Laweyan sebagai saksi.

Pernikahan mereka sepatutnya diadakan di sebuah restoran pada 9 pagi namun majlis itu kecoh apabila ibu bapa pengantin lelaki, Sumarso dan Endang, datang ‘menyerang’ menuntut pernikahan dibatalkan.

Endang yang marah-marah berkata: “Dari awal sudah tidak setuju, kenapa tetap dilakukan, ini tidak boleh terlaksana, tidak boleh terlaksana!

“Saya tidak mau ya tidak mau, dari pertama sudah tidak setuju ya tidak setuju.”

Malah, Endang turut menyumpah anak lelakinya dan pasangannya selepas mereka bertegas melangsungkan pernikahan.

Berikutan kekecohan itu, polis dipanggil dan memutuskan rundingan diadakan di balai polis diselia Ketua Polis Laweyan, Santoso, serta dihadiri keluarga pengantin lelaki dan perempuan, Ketua Pejabat Agama Laweyan serta wakil pengantin lelaki.

Rundingan itu bagaimanapun gagal dan pengantin bertegas mahu pernikahan dilangsungkan.

Endang kemudian kedengaran menyumpah anaknya: “Sampai kamu nekad, ibu sumpahin kamu, dengar ya, jika nanti isterimu melahirkan, kalau tidak mati sama anakmu, ya anakmu nanti yang cacat kalau selamat.

“Dengar, ini sumpah ibumu yang melahirkanmu, yang membesarkanmu dan menyekolahkanmu.”

Difahamkan Endang membantah pernikahan itu kerana tidak sukakan Ratri sebagai menantunya.

Wanita itu mendakwa anaknya tidak lagi pulang ke rumah selepas menjalin hubungan dengan Ratri, janda beranak dua.

Image: 

SEPASANG pengantin melangsungkan pernikahan mereka di Balai Polis Laweyan, Solo, Jawa Tengah, hari ini, selepas majlis pernikahan yang sepatutnya diadakan di sebuah restoran terpaksa dibatalkan akibat bantahan keluarga pengantin lelaki.

Harry bukan lagi Yana

$
0
0
Utama

mazizul@hmetro.com.my

“KALAU orang tidak mempercayai penghijrahan saya, saya tidak kisah kerana saya tahu apa yang saya buat ketika ini dan memang menyesali apa yang saya sudah lakukan.”

Demikian kata Harry Zulkifli, 26, bekas mak nyah yang perkongsian mengenai kisah hitam hidupnya suatu ketika dulu tular di Facebook (FB).

Harry yang juga anak bongsu daripada dua beradik berasal dari Kuching, Sarawak berkata, dia sedar, kisah penghijrahan mengenai golongan itu 'busuk' sejak kebelakangan ini.

Dia bagaimanapun optimis dan mengharapkan supaya orang ramai mendoakannya selain tidak membandingkan dirinya dengan sesiapa.

"Saya tidak mahu cakap besar kerana semuanya Allah SWT yang tentukan. Jelas ketika ini isu hijrah sukar dipercayai, tetapi jangan disebabkan isu berkenaan, ramai remaja atau golongan mak nyah yang nak balik ke pangkal jalan tertekan.

"Ramai orang cakap, yang kita (mak nyah) tidak boleh berubah, tetapi saya sentiasa percaya orang sekeliling sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting untuk membantu kita berubah," katanya.

Kisah hidupnya sebagai mak nyah yang ketika itu menggunakan nama Yana bermula selepas mendapat tawaran kerja di sektor kerajaan di ibu negara selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Harry berkata, dia yang sudah mengambil pil hormon sejak berusia 15 tahun kemudiannya terikut-ikut dengan rakan terutamanya mak nyah kerana sentiasa menghabiskan masa di kelab malam antara empat hingga lima hari seminggu.

"Perwatakan saya sebagai mak nyah semakin menjadi-jadi pada 2013 apabila pergi kerja berpakaian lelaki, tetapi pada sebelah malam saya berpakaian wanita sehingga saya ditukarkan tugas ke Jelebu, Negeri Sembilan.

"Saya menyimpan rambut panjang ketika itu dan pihak atasan saya memberi teguran, tetapi saya tidak endahkan sehingga kami bergaduh semata-mata kerana saya nak pertahankan rambut itu," katanya.

Harry yang mula berhijrah pada 2015 juga mengakui yang pada tahun pertama, dirinya tidak kuat walaupun selepas menunaikan umrah dan berhenti mengambil pil hormon .

"Saya macam tak kuat sebenarnya, saya balik dari umrah pun masih tak potong rambut. Saya tak kuat, tetapi perlahan-lahan saya potong (rambut) dan saya mula menjauhkan diri daripada kawan mak nyah.

"Saya ambil langkah lari dan bermuhasabah diri sehingga sampai satu tahap rasa sunyi dan keseorangan walaupun sebenarnya saya yang lari daripada orang lain," katanya.

Harry berkata, sejak daripada itu, dia mula mendekatkan diri dengan Allah SWT, menunaikan solat lima waktu dan semakin kuat apabila menerima sokongan keluarga yang selama ini sering diabaikan.

"Sepanjang saya berperwatakan mak nyah, saya memang jarang bertanya khabar ibu di kampung dan tidak akan menjawab panggilan kecuali ketika kecemasan kerana ibu saya sakit buah pinggang.

"Walaupun keluarga tahu mengenai hidup saya sebagai mak nyah, mereka sebenarnya tidak pernah membuang saya dan sering menasihati, tetapi saya sendiri yang keras kepala masa itu.

"Sekarang ini, saya akan bertanya khabar dan berborak dengan ibu setiap hari, berbeza ketika kehidupan saya sebagai mak nyah dulu kerana keluargalah yang paling gembira apabila saya berubah," katanya.

Harry juga tersedar yang selama ini dia terkhilaf dan ego kerana rakan di tempat kerja juga memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepadanya apabila dia berubah.

Dia juga sebenarnya sudah bertemu kembali dengan rakan mak nyah yang dulu, tetapi bukan lagi dengan cara mengunjungi kelab malam, minum arak atau mengambil dadah.

Sebaliknya, mereka sering berkongsi mengenai kisah hidup dan bertanyakan cara sekiranya mereka ingin berubah, kembali kepada fitrah asal sebagai lelaki.

"Ramai golongan mak nyah terdetik nak berubah tetapi mereka tidak tahu bagaimana caranya. Saya selalu cakap kalau saya boleh kamu semua boleh.

"Walaupun cara hidup kami kini berbeza, saya tetap berhubung baik dengan mereka kerana kita sama-sama manusia dan mereka sendiri ramai sebenarnya yang menjaga solat," katanya.

Dalam masa sama, Harry juga menafikan yang perkongsian dia mengenai penghijrahan itu semata-mata ingin melariskan perniagaan dan menambah kenalan di FB.

"Saya masih berkhidmat dengan kerajaan, cuma sekarang saya bercuti tanpa gaji kerana menjalankan perniagaan sebagai pendapatan tambahan sejak empat tahun lalu.

"Lagipun, saya tiada produk sendiri, saya cuma menjual produk orang lain dan saya pun tidak terlalu banyak memuat naik mengenai perniagaan sampingan itu di FB," katanya.

Image: 

“KALAU orang tidak mempercayai penghijrahan saya, saya tidak kisah kerana saya tahu apa yang saya buat ketika ini dan memang menyesali apa yang saya sudah lakukan.”

Gempar buaya hantar mayat ke pantai [VIDEO]

$
0
0
Utama

KEJADIAN buaya ‘menghantar’ mayat seorang lelaki yang hilang sejak hujung minggu lalu, di Pantai Nino, Nusa Tenggara Timur, semalam, menggemparkan Indonesia selepas rakaman video kejadian itu ke media sosial.

Orang ramai yang berada di tepi pantai itu melihat seekor buaya menggonggong jasad menghampiri pantai, kira-kira 7 pagi semalam, lalu menghubungi Balai Polis Mena.

Menurut Ketua Polis Nusa Tenggara Timur, Rishian Krisna Budiaswanto, anggota polis dikenali sebagai Agustinus Mema terus ke pantai berkenaan dan melihat mayat berkenaan sedang dibawa buaya menuju pantai.

Beliau berkata, buaya itu melepaskan mayat terbabit di pantai kira-kira 10.20 pagi dan kembali ke laut.

Siasatan mendapati mayat itu ialah Abia Sala Dopong, 26, yang hilang sejak beberapa hari lalu.

Mayat mangsa yang masih dalam keadaan baik namun ada kesan luka pada tubuhnya dipercayai akibat gigitan buaya itu, dibawa ke rumah keluarganya di Desa Humusu, Kecamatan Insana Utara.

Menurut Tribun News, portal berita Pos Kupang sebelum ini melaporkan mangsa disambar buaya di Pantai Wini, Desa Humusu, Kecamatan Insana Utara, pada 21 Januari lalu.

Image: 

KEJADIAN buaya ‘menghantar’ mayat seorang lelaki yang hilang sejak hujung minggu lalu, di Pantai Nino, Nusa Tenggara Timur, semalam, menggemparkan Indonesia selepas rakaman video kejadian itu ke media sosial.

Buaya hantar mayat lelaki ke pantai di Nusa Tenggara

Hero Prebet Lapok terharu, lutut pun ok

$
0
0
Utama

adam@hmetro.com.my

BAGAIKAN satu skrip nan indah apabila penggiat seni ke Makkah menunaikan umrah manakala juruterbang penerbangan dan anak kapal pula ditakdirkan terdiri di kalangan anak seni juga.

Itulah berlaku dalam penerbangan MH2808 yang membawa 23 penggiat seni dari KLIA yang selamat tiba di Madinah pada 5.12 petang waktu tempatan (10.15 malam waktu Malaysia).

Pesawat yang disewa khas oleh ATS Travel & Tour itu membawa 400 jemaah termasuk 23 penggiat seni yang ditaja Yayasan Perdana Ummah (YPU).

Menariknya pesawat dipandu Kapten Baharuddin Mat Yassin dan Kapten Arjunaidi Jamil iaitu anak kepada sutradara tersohor tanah air, Datuk Jamil Sulung dan Datuk Rosnani Jamil.

Seorang daripada anak kapalnya, Taib Hamzah adalah bekas Pegawai Perhubungan Awam SCS Records yang pernah mengendalikan artis seperti Shidee, Wann, Zamree dan Kumpulan Iklim.

Pelawak Tawil, 65, terharu kerana bukan saja berpeluang mengerjakan umrah tetapi buat julung kali keluar negara mendapat tempat duduk kelas perniagaan.

“Saya pernah ke Festival Filem Asia Pasifik di Denpasar, Indonesia pada 1981 kerana filem lakonan saya, Prebet Lapok bertanding tapi cuma duduk di kelas ekonomi.

“Berkat umrah ini, selama kira-kira lapan jam dalam penerbangan, lutut saya ok walhal jika memandu baru dua jam lutut dah mula sakit,” katanya.

Tawil atau nama sebenarnya Abu Bakar Ahmad berterima kasih pada kerajaan kerana memberi peluang penggiat seni untuk menunaikan umrah.

Bagi Taib Hamzah pula, sesudah sekian lama meninggalkan dunia hiburan, tidak sangka dapat bertemu kembali rakan artis khususnya Shima, Zaiton Sameon dan Sahara Yaacob serta melayan mereka.

Image: 

BAGAIKAN satu skrip nan indah apabila penggiat seni ke Makkah menunaikan umrah manakala juruterbang penerbangan dan anak kapal pula ditakdirkan terdiri di kalangan anak seni juga.

Tanya khabar, hantar 10 tan bantuan

$
0
0
Utama

mnasif@hmetro.com.my

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh antara delegasi khas melawat Hospital Medan Malaysia di Cox's Bazar, Bangladesh, hari ini.

Turut sama Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Delegasi 44 orang bersama 13 kru penerbangan pesawat Airbus A400M itu akan mengedarkan 10 tan barangan bantuan seperti peralatan perubatan, makanan serta keperluan asas kepada pelarian Rohingya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut hadir menghantar delegasi khas itu yang berlepas dari Pangkalan Udara Subang, pada kira-kira 9 pagi ini.

Delegasi itu dijangka tiba di Chittagong, Bangladesh dalam kira-kira dua jam sebelum meneruskan perjalanan darat ke Cox's Bazar untuk tambahan dua jam.

Hadir sama, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Hishammuddin berkata, misi ketiga diketuai Raja Mohamed Affandi itu akan menilai impak bantuan diberikan hingga kini dan memastikan Hospital Medan Malaysia dilengkapi dengan sumber mencukupi untuk menangani keadaan yang melanda pelarian Rohingya.

Katanya, lawatan itu dilakukan selaras dengan Kerajaan Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang akan memberi bantuan dalam menyediakan peralatan dan bekalan perubatan di hospital medan selain kerjasama Bangladesh.

“Dengan sokongan Arab Saudi dan UAE dalam hal ini, kita akan tunggu laporan Panglima Angkatan Tentera Malaysia sebelum memutuskan tempoh operasi hospital medan di kawasan itu,” katanya.

Menurutnya, pakar perubatan di hospital medan bekerja tanpa henti merawat 3,768 pesakit sejak beroperasi 31 November tahun lalu.

Katanya, kemudahan hospital menggunakan aset dan peralatan perubatan bernilai RM18 juta dengan kos operasi keseluruhan RM3.5 juta sepanjang tiga bulan.

Image: 

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh antara delegasi khas melawat Hospital Medan Malaysia di Cox's Bazar, Bangladesh, hari ini.

Tahniah Datuk Fizz Fairus

$
0
0
Utama

rnorain@hmetro.com.my

PELAKON Fizz Fairus antara 197 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan, hari ini.

Fizz atau nama sebenarnya, Mohd Fairus Zainal Abidin menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Mendahului senarai penerima pingat adalah adinda Sultan Pahang, Tengku Datuk Nor Akmar Sultan Abu Bakar yang menerima Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) membawa gelaran Datuk Seri bersama 20 individu lain.

Isitadat disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Penerima lain adalah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop; Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ramly Ali, Tan Sri Azahar Mohamed dan Datuk Wan Abdullah Wan Salleh; Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Shahruddin Khalid; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Amar Singh ; Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Tajudin Md Isa dan Ahli Dewan Negara, Datuk Dr Hou Kok Chung.

Tiga individu menerima Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk Indera iaitu Pengarah Bahagian Perkhidmatan Jabatan PErkhidmatan Awam, Datuk Noridah Abdul Rahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian KEsejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan , Khairul Dzaimee Daud dan Pegawai Kemajuan Negeri Terengganu, Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi.

Sebelas individu menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang ( DSAP) yang membawa gelaran Datuk antaranya, Tengku Abdul Muiz Shah Tengku Temenggong Abdul Aziz, Orang Besar Enam Belas, Tengku Datuk Abdul Manan Tengku Temenggong Abdul Aziz; Pengarah Urusan Alam Jitu Bina Sdn Bhd, Datuk Ahmad Latifi Abd Malek; Orang Besar Enam Belas, Tengku Datuk Mohd Mustaffa Tengku Datuk Ibrahim, Pengarah Kastam Diraja Malaysia Selangor, Datuk Sarip Ismail,Pengarah Premier Material Supplier, Datuk Quek Ching Hong; Pengarah Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Suhaime Mahbar; Pengarah Bahagian Transformasi Sektor Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Dr George Patrick @ Marimuthu; Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Ahmad Shublee Othman, Pengarah Urusan CF Uniform Sdn Bhd, Cheng Siew Seng dan Ketua Pegawai Keangan Gastra Sdn Bhd, Phua Tzyh Lih.

Bagi Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), seramai 66 penerima yang tersenarai antaranya, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Kebangsaan, Datin Sri Nik Hasmah Nik Kadir; Pengarah Syarikat Ilham Raudah Entegreted / SM Golden Datin Siti Hapizah Md Kail;Pengarah Iklim Enterprise Datin Hasmalaili Zainuddin; Pengarah Pengurusan Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Ruslin Jusoh; Panel Penasihat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Ahmad Adli Abdullah, Ahli Lembaga Pengarah Sukma Sakti Sdn Bhd, Shamsudin Ibrahim; Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak, Abd Manan Muda; Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang, Saidi Ismail dan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Johor, Mohd Rusdi Darus.

Penerima lain adalahPengarah Vertiplex Sdn Bhd, Kong Woon Fee; Pengarah Serambi Suria Sdn Bhd, N Povanesvaran; Pengarah Kastam Diraja Bahagian GST, Ahmad Maher Abd Jalil; Pengarah Bahagian Perkastaman Ibu Pejabat Kasta Diraja Malaysia, Nor Haziah Abd Wahab; Akauntan Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Pahang, Nor Akillah Osman; Ketua Eksekutif Mega Step International Group Limited, Gary Choy Sheung Ki; Penguambela dan penguamcara, Mandave Singh Gill; Pengarah Urusan Gaji Angkatan Tentera Bahagian Perkhidmatan Anggota, Markas Angkatan Tentera Malaysia, Brigadier Jeneral Abdul Hadi Md Sharif; Panglima 11 Briged, Brigadier Jeneral Abdul Kadir Ahmad; Ketua Penolong Pengarah Pendakwaan dan Undang-undang Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany dan Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Mohd Aliyas Hamdan.

Dalam isitadat itu, tujuh individu pula menerima pingat Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) manakala 17 penerima pingat Setia Mahkota Pahang (SMP).

Sebelas lagi menerima pingat Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), 16 penerima pingat Ahli Mahkota Pahang (AMP), 15 penerima bagi Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan Pingat Jasa Kebaktian.

Image: 

PELAKON Fizz Fairus antara 197 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan, hari ini.

Terbaiklah cikgu Noorjahan

$
0
0
Utama

mhusni@hmetro.com.my

GURU prasekolah, Noorjahan Sultan dari Sekolah Kebangsaan (SK) Indera Mahkota, Kuantan, Pahang mengharumkan nama Malaysia memenangi Anugerah Pearson ELT Teacher Award bagi kategori Asia dan Oceania bagi tahun 2018.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan, hari ini, berkata, Noorjahan menewaskan 38 finalis dari rantau Asia dan Oceania untuk memenangi kategori berkenaan.

Menurutnya, dia turut meraih undian tertinggi bagi rantau Asia dan Oceania dengan jumlah 6,029 undi awam dalam talian.

“Selain anugerah itu, terdapat empat kategori lain turut dipertandingkan bagi mencari Guru Bahasa Inggeris Terbaik melalui kategori Afrika dan Timur Tengah, Eropah dan Asia Tengah, Utara dan Amerika Tengah serta Amerika Selatan.

“Pemenang bagi lima kategori berkenaan akan ditaja sepenuhnya ke Glasgow, Scotland, bagi menghadiri persidangan The International Association of Teachers of English as a Foreign Language (IATEFL) and Teaching English to Speakers of Other Languages (TESOL) pada 10 hingga 13 April ini,” katanya.

Katanya, Noorjahan 22 tahun bergelar guru dan mempunyai mempunyai formula tersendiri bagi memastikan muridnya meminati Bahasa Inggeris sekali gus meningkatkan kemahiran murid lemah dalam Bahasa Inggeris.

Sebelum ini, Noorjahan pernah dinobatkan sebagai Ikon Guru Kebangsaan 2016 dan pernah menjadi finalis Anugerah Guru Global 2016.

Dia juga adalah pengasas modul Let’s Rhyme yang yang berjaya memenangi pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Noorjahan kini bertugas sebagai pegawai di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang.

Image: 

GURU prasekolah, Noorjahan Sultan dari Sekolah Kebangsaan (SK) Indera Mahkota, Kuantan, Pahang mengharumkan nama Malaysia memenangi Anugerah Pearson ELT Teacher Award bagi kategori Asia dan Oceania bagi tahun 2018.

Balqis seronok tengok peminat 'hepi'

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

LEBIH 10,000 peminat dan penduduk setempat memeriahkan majlis persandingan peserta Mentor Milenia 2017, Balqis dan pasangannya, di Dewan Dato' Seri Amar Di Raja, Chukai.

Balqis atau Nor Balqis Ahmad Tajudin, 19, dan Mohd Hakimi Ikmal Mohamad Rahim, 24, mengenakan pakaian pengantin serba kuning.

Balqis ketika ditemui menzahirkan terima kasih dan penghargaan kepada peminat yang hadir memeriahkan hari bahagianya.

“Saya seronok sangat kerana dapat berjumpa peminat dan tidak sangka menerima jumlah kehadiran tetamu yang ramai. Mula ingatkan hanya tiga ribu tetamu.

“Bersyukur dapat melaksanakan tanggungjawab ini dan pada masa sama menggembirakan hati orang ramai dan peminat yang berkunjung ke majlis kami," katanya.

Balqis selamat bergelar isteri kepada Mohd Hakimi yang juga ahli perniagaan dalam majlis yang The Regency Waterfront Kuala Terengganu, 30 November tahun lalu.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran dua rakan artis, Usop Mentor dan Wany Hasrita.

Peminat, Nur Qistina Adriana Badrul Hisham, 15, berkata, dia sanggup datang dari Kuala Terengganu semata-mata untuk menyaksikan pesandingan penyanyi pujaannya itu.

“Sebelum ini hanya dapat lihat Balqis melalui slot Mentor Milenia 2017. Itu sebab saya tak lepas peluang datang majlis ini kerana ia peluang terbaik melihatnya dari dekat.

“Memang seronok apabila berpeluang memeriahkan majlis perkahwinan berkonsepkan tradisional ini,” katanya.

Nor Fatihar Alia Azila, 23, pula berkata, dia sangat teruja untuk memeriahkan majlis artis kesayangannya itu sehingga tidak lena tidur.

“Bukan selalu berpeluang menghadiri majlis perkahwinan seperti ini lebih-lebih lagi membabitkan artis kesayangan.

“Balqis sememangnya dah cantik, sebab itu teringin sangat untuk melihat dia menggayakan busana perkahwinan," katanya menetap di Kampung Dusun Nyiur, Kemaman.

Image: 

LEBIH 10,000 peminat dan penduduk setempat memeriahkan majlis persandingan peserta Mentor Milenia 2017, Balqis dan pasangannya, di Dewan Dato' Seri Amar Di Raja, Chukai.

Viewing all 7853 articles
Browse latest View live