Ledang: Sebelas keluarga membabitkan 55 penduduk Kampung Seberang Gajah dan Kampung Sialang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangsaan Sialang, di sini, lewat petang tadi.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Ledang, Suhaila Omar, berkata mereka itu dipindahkan selepas air tiba-tiba membanjiri rumah mereka, kira-kira 6 petang.
Katanya, melihat keadaan itu pihak berkuasa memutuskan untuk memindahkan semua mangsa.
“Kami sudah menyediakan pelbagai kelengkapan dan mendapat kerjasama semua pihak termasuk Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang memindahkan mangsa.
“Pejabat Kesihatan pula bersedia memberikan rawatan kepada mereka yang cedera.
"Semua mangsa dua bulan hingga 75 tahun dan mereka dalam keadaan baik," katanya.
ledang
Ledang: Sebelas keluarga membabitkan 55 penduduk Kampung Seberang Gajah dan Kampung Sialang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangsaan Sialang, di sini, lewat petang tadi.