Tampin: Lebih 400 penduduk Taman Pinggiran FELDA Sungai Kelamah, di sini, membabitkan 104 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara selepas kediaman mereka dinaiki air, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Asisten Superintendan Nasaruddin Mohd Sharip, berkata kediaman penduduk dinaiki air apabila Sungai Kelamah, tidak berhenti melimpah sejak 10 pagi.
“Mereka dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah. Bagaimanapun, mereka boleh pulang apabila air kembali surut," katanya.
Pengarah Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) negeri Leftenan Kolenal Kamal Mokhtar berkata, limpahan air sungai menyebabkan sebahagian laluan di Kilometer 43, Jalan Tampin-Gemas ditutup kepada semua jenis kenderaan.
Katanya, pengguna yang menuju ke Gemas dari Tampin atau Kuala Pilah perlu menggunakan laluan alternatif iaitu melalui FELDA Bukit Rokan di Gemencheh dan FELDA Pasir Besar di Gemas.
Tampin: Lebih 400 penduduk Taman Pinggiran FELDA Sungai Kelamah, di sini, membabitkan 104 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara selepas kediaman mereka dinaiki air, hari ini.