Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Harimau Malaysia lebih sesuai

$
0
0
Mutakhir

aziman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan untuk menukar nama gelaran skuad kebangsaan Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Majlis Pengenalan Penaja Pasukan Bolasepak Kebangsaan 2016 sebentar tadi.

Menurut Tengku Abdullah, keputusan untuk menggunakan nama Harimau Malaysia sebagai tanda permulaan era baru bola sepak kebangsaan.

"FAM merasakan nama gelaran Harimau Malaya sudah tidak sesuai untuk digunakan kerana perkataan Malaya itu sudah tidak digunakan lagi sejak penubuhan Malaysia 1963," katanya.

Bagi melaksanakan penggunaan nama baru Harimau Malaysia itu, FAM melancarkan peraduan mencipta logo baru untuk skuad kebangsaan.

Images: 

HM1

Image: 
GN4id: 
12886227
Lead: 

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan untuk menukar nama gelaran skuad kebangsaan Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853