Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Layanan terbaik buat Program Podium

$
0
0
Mutakhir

saifulaffendy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan seramai 97 atlet serta 36 jurulatih terpilih untuk menyertai Program Podium pada majlis pelancaran program itu di Institut Sukan Negara (ISN), sebentar tadi.

Antara sukan yang tersenarai di dalam Program Podium ialah memanah, badminton, berbasikal, terjun dan karate.

Program Podium adalah program penyediaan atlet terbaik dalam kalangan mereka yang terpilih merangkumi pemakanan, latihan, kemudahan, sains sukan dan kejurulatihan.

Menerusi program itu, atlet yang terpilih akan dilayan dengan sebaik-baiknya dengan semua keperluan fizikal mereka diuruskan sepenuhnya ISN bagi mempersiapkan diri menyertai kejohanan besar seperti Sukan Olimpik, Komanwel dan Asia.

Antara sasaran utama program itu adalah untuk melahirkan atlet yang mampu memenangi pingat emas pertama pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Images: 

pod1

Image: 
GN4id: 
12887304
Lead: 

Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan seramai 97 atlet serta 36 jurulatih terpilih untuk menyertai Program Podium pada majlis pelancaran program itu di Institut Sukan Negara (ISN), sebentar tadi.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853