Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Freddie, tunggu surat saman : PRISM

$
0
0
Mutakhir

mohamadridzuan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Badan Hak Pelaku dan Persembahan Artis (PRISM Berhad), hari ini memfailkan saman terhadap Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez.

Keputusan itu dibuat berikutan tindakan Freddie mengeluarkan kenyataan berbentuk fitnah bertujuan merosakkan kredibiliti mereka selaku Badan Pelesenan sah yang diiktiraf Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Pada 5 Januari lalu Freddie mengeluarkan kenyataan menerusi beberapa portal berita sebelum membuat kenyataan di Facebook (FB) Persatuan Karyawan Malaysia pada 14 Januari dengan mendakwa PRISM gagal mengagihkan royalti kepada ahli-ahlinya sehingga menimbulkan bantahan ramai.

Dalam sidang medianya, PRISM Berhad yang diwakili Ketua Bahagian Kewangan, Zulkifli Mohd Nadzar, Ahli Jawatankuasa Keahlian, Mohd Zan Bakar, Pengerusi Royalti, Kanagarajan dan Lembaga Pengarah Pelaku Sarawak, Mac Ruhayu Mohd Nor memaklumkan badan itu terpaksa berdepan pelbagai persepsi negatif kesan daripada fitnah yang dilemparkan.

Sehubungan itu, PRISM Berhad sudah menghantar surat menuntut Freddie memohon maaf secara terbuka namun tiada reaksi diberikan dan mereka memutuskan mengemukan saman berjumlah RM10 juta terhadap Freddie.

Sementara itu, Freddie yang dihubungi enggan meminta maaf dan mempertahankan kenyataan yang dikeluarkannya.

Freddie berkata dia tidak gentar dengan saman itu kerana kerana tindakannya sebelum ini adalah untuk kepentingan ahli Karyawan yang juga ahli PRISM Berhad.

Images: 

prismo

Image: 
GN4id: 
12819338
Lead: 

Kuala Lumpur: Badan Hak Pelaku dan Persembahan Artis (PRISM Berhad), hari ini memfailkan saman terhadap Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853