Kuantan: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang semalam, menahan seorang penolong pengurus syarikat bagi membantu siasatan kes rasuah berhubung perlombongan bauksit.
Difahamkan, suspek yang berusia 47 tahun ditahan di sini pada 7.10 malam.
Sumber berkata, suspek dipercayai menerima rasuah berbentuk wang komisen daripada pelombong bauksit sebagai balasan membantu urusan perlombongan di kawasan tanah milik anak syarikat kerajaan negeri itu.
Katanya, penolong pengurus itu ditahan reman selama lima mulai hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
BN0442423
Kuantan: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang semalam, menahan seorang penolong pengurus syarikat bagi membantu siasatan kes rasuah berhubung perlombongan bauksit.