Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Yazid Sufaat dipenjara tujuh tahun

$
0
0
Utama

murni@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat dan pembantu kafetaria Muhammad Hilmi Hasim atas dakwaan sengaja tidak memberi maklumat mengenai pengganas.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin membuat keputusan selepas kedua-dua tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan yang dibacakan hari ini.

Yazid dan Muhammad Hilmi didakwa melakukan perbuatan itu di rumah di Taman Bukit Ampang, Ampang antara Mei hingga Oktober 2012.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua mereka diwakili peguam Amer Hamzah Arshad manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Images: 

27116marco1

Image: 
GN4id: 
12791811
Lead: 

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat dan pembantu kafetaria Muhammad Hilmi Hasim atas dakwaan sengaja tidak memberi maklumat mengenai pengganas.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853