Georgetown: Dua beradik berusia lapan dan lima tahun cedera di muka serta kepala dipercayai didera ibu tiri mereka ketika di rumah wanita terbabit di sebuah pangsapuri, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian berlaku kira-kira 3 petang dan hanya diketahui selepas seorang guru pelik melihat kecederaan dialami budak berusia lapan tahun terbabit ketika di sekolah.
Menurutnya, ibu saudara dua beradik itu membuat laporan polis dan hasil siasatan lanjut mangsa memberitahu dia dipukul dengan lesung batu oleh ibu tirinya.
"Mangsa mendakwa ibu tirinya berang kerana dia menghilangkan sejumlah wang yang diberi untuk membeli barang dan pemeriksaan lanjut kemudian mendapati adiknya yang berusia lima tahun turut mempunyai beberapa kesan kecederaan lama di kepala dipercayai akibat dipukul.
"Setakat ini, polis sudah menahan ibu tiri mereka yang berusia 33 tahun dan dia direman hingga Jumaat bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi hari ini.
lesung.jpg
Georgetown: Dua beradik berusia lapan dan lima tahun cedera di muka serta kepala dipercayai didera ibu tiri mereka ketika di rumah wanita terbabit di sebuah pangsapuri, di sini, semalam.