Gombak: Mahkamah Majistret Selayang membenarkan permohonan reman tujuh hari terhadap tiga suspek utama sindiket penjualan bayi untuk membantu siasatan.
Magistret Nurul Izzah Hasan Basri membenarkan permohonan reman itu bagi memboleh suspek disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Pemerdagangan Orang 2007 sehingga 10 Ogos ini.
Terdahulu ketiga-tiga suspek dilihat dibawa Polis ke Mahkamah Magistret Selayang kira-kira 8 pagi tadi.
Selain itu, seramai 21 mangsa turut dilihat hadir ke Mahkamah untuk mendapatkan perintah perlindungan mengikut Seksyen 14 akta yang sama.
Semalam (akhbar hari ini) Harian Metro berjaya membongkar aktiviti tiga suspek yang menjadi dalang utama sindiket berkenaan dan mereka berjaya ditahan dan semua mangsa diselamatkan.
Wanita berusia 54 tahun itu berselindung di sebalik 'pusat kebajikan’ haram beroperasi di Rawang dan Selayang, dipercayai sejak lebih lima tahun lalu dengan mengecaj sebanyak RM9,500 untuk seorang bayi.
05sangkut
Gombak: Mahkamah Majistret Selayang membenarkan permohonan reman tujuh hari terhadap tiga suspek utama sindiket penjualan bayi untuk membantu siasatan.