Kuala Lumpur: Laporan akhir siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mungkin tidak dapat dibentang di Parlimen pada Mac ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Ariffin, berkata ini berikutan banyak perkara perlu diperhalusi dan terdapat keperluan memanggil dua individu lain untuk memberi keterangan.
Katanya, mereka ialah bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.
"Kita akan panggil mereka untuk mendapat maklumat terperinci mengenai perkara ini dan tidak akan memanggil sesiapa lagi selepas ini," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.
Hasan berkata, pihaknya juga selesai mendengar keterangan Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dalam prosiding bermula 9.30 pagi semalam.
Beliau menegaskan pihaknya akan meneliti semua keterangan dan laporan Ketua Audit Negara secara terperinci serta tidak terpengaruh dengan mana-mana laporan media sosial dalam dan luar negara.
Katanya, tarikh untuk memanggil Mohd Bakke dan Shahrol Azral akan ditentukan kelak.
1mdb1
Kuala Lumpur: Laporan akhir siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mungkin tidak dapat dibentang di Parlimen pada Mac ini.