Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Maut terkena kipas enjin bot

$
0
0
Mutakhir

mohd.rizal@hmetro.com.my

Miri: Wwanita terbunuh dipercayai terkena kipas enjin bot yang dinaikinya bersama suami dalam kejadian di laut berdekatan Pantai Batu 1, Kuala Baram, di sini, hari ini.

Mangsa, Gala Chapi, 55, dikatakan tergelincir dari bot ketika dalam perjalanan pulang selepas menjala ikan bersama suaminya, Antily Tasin,60, pada kira-kira 7 pagi.

Rakan suami mangsa, Steven Joshua, 48, berkata dia dihubungi saudara kepada suami isteri itu, pada kira-kira 10 pagi, yang memintanya membantu mencari pasangan itu yang dikatakan terkandas di laut akibat kehabisan minyak.

Menurutnya, dia kemudiannya mencari pasangan berkenaan dan menjumpai mereka sejam kemudian kira-kira satu kilometer dari pantai batu 1, Kuala Baram.

"Ketika saya merapat ke bot mereka saya dapati mangsa sedang diriba suaminya. Suaminya memberitahu isterinya terjatuh dan terkena kipas enjin bot itu,” katanya.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisoner Junaidi Bujang ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu bagaimanapun masih belum menerima laporan lengkap.

Images: 

matida

Image: 
GN4id: 
12668852
Lead: 

Miri: Wwanita terbunuh dipercayai terkena kipas enjin bot yang dinaikinya bersama suami dalam kejadian di laut berdekatan Pantai Batu 1, Kuala Baram, di sini, hari ini.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853