Georgetown: Bayi lelaki berusia setahun ditemui lemas dalam baldi ketika berada dalam bilik air di rumahnya di flet Jalan Sungai Dua, Gelugor, di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian berlaku pada 10 pagi dan mangsa Jefril Mohd Amnan Mohd Zaki dibawa ibunya ke dalam bilik air kerana mahu membuang air besar.
Menurutnya, ibu bayi terbabit kemudian keluar mengambil tuala dan meminta anak perempuannya berusia lima tahun untuk melihat adiknya dalam bilik air.
"Bagaimanapun, tidak lama selepas itu ibunya berpatah balik dan terkejut apabila melihat muka analnya sudah tersembam dalam baldi.
"Mangsa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) namun disahkan meninggal dunia sejurus tiba," katanya.
Ibu mangsa enggan ditemubual dan jenazah dijangka dikebumikan di Masjid Jamek Sungai Nibong, di sini, kira-kira 9.30 malam ini.
2815hady1
Georgetown: Bayi lelaki berusia setahun ditemui lemas dalam baldi ketika berada dalam bilik air di rumahnya di flet Jalan Sungai Dua, Gelugor, di sini, pagi tadi.