Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Bukan portal Harian Metro

$
0
0
Utama

munir@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Harian Metro yang juga pemilik dan pengendali portal berita myMetro tiada kaitan dengan berita bertajuk ‘TPM BARU LULUSKAN UNTUK TUTUP SEMUA LAMAN SOSIAL SELASA INI?

Berita itu yang menjadi viral di media sosial, hari ini, dipercayai dimuatnaik menggunakan alamat unik (URL) www.harianmetro.org

Portal berita rasmi myMetro menggunakan URL www.hmetro.com.my, www.facebook.com/metroonline (Facebook) dan twitter.com/hmetromy (Twitter).

Oleh itu, Harian Metro tidak bertanggungjawab terhadap berita yang disiarkan di laman www.harianmetro.org atau sebarang berita yang dimuatnaik dan disebarkan menggunakan URL itu ke platform media sosial.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama, malah beberapa laman web turut dikesan menggunakan nama Harian Metro berikutan populariti laman web Harian Metro yang sebenar.

Terdahulu, di Georgetwon, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan akan ambil tindakan terhadap pihak membuat fitnah berkaitan isu itu.

Ahmad Zahid, berkata beliau sudah mengarahkan polis melakukan siasatan terhadap individu yang menyebarkan fitnah terbabit.

"Ada pihak yang cuba menyebarkan kononnya saya mengeluarkan kenyataan mendakwa semua media sosial di negara ini akan disekat.

"Kali ini saya tidak beri amaran namun akan mengambil tindakan dan berharap pihak terbabit menarik balik kenyataan itu," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Bayan Baru di sini, hari ini.

Beliau berkata, semua pihak diharap tidak menggunakan kebebasan media untuk menyebarkan fitnah.

Images: 

bukanni

Image: 
GN4id: 
9603506
Lead: 

Kuala Lumpur: Harian Metro yang juga pemilik dan pengendali portal berita myMetro tiada kaitan dengan berita bertajuk ‘TPM BARU LULUSKAN UNTUK TUTUP SEMUA LAMAN SOSIAL SELASA INI?

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853