Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Bahrun Naim dalangi serangan

$
0
0
Utama

Jakarta: Ketua Polis Indonesia, Jeneral Badrodin Haiti, berkata aktiviti keganasan kumpulan yang melakukan serangan bom di Jakarta semalam, dibiayai Negara Islam (IS) melalui Mohammed Bahrun Naim, pelampau Indonesia yang ditahan pada 2011.

Menurur AP, Mohammed Bahrun yang pernah dihukum penjara sebelum ke Syria untuk menyertai IS, adalah pengasas kumpulan Katibah Nusantara yang dikaitkan dengan kumpulan Daesh.

Menurut portal keprinet.com, ketua Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi, pernah mengeluarkan arahan supaya anggotanya di luar Syria dan Iraq melakukan serangan berani mati dan Mohammed Bahrun dikatakan mahu menjadi pemimpin Daesh di Asia Tenggara.

Muhammad Bahrun yang berasal dari Solo, dipenjara selama dua tahun enam bulan pada 2011 kerana kesalahan memiliki 533 butir peluru senjata api AK47 dan 32 peluru kaliber 9mm dalam biliknya.

Muhammad Bahrun Naim @ Anggih Tamtomo atau turut dikenali sebagai Abu Rayan berusia 32 tahun dengan alamat terakhirnya di RW 1 Kelurahan Sangkrah, Kecamatan Pasar Kliwon, Solo, iaitu alamat rumah ibu bapanya, Fathurrahman dan Siti Thoyyibah.

Menurut portal berita Indonesia, jiran di kampung itu menyatakan Muhammad Bahrun sudah lama tidak pulang ke rumah ibu bapanya yang didiami ibu bapa dan dua adiknya.

Tahun lalu, sepasang suami isteri di Solo membuat laporan polis mendakwa anak mereka, Siti Lestari, hilang dipercayai mengikut Mohammed Bahrun. Siti Lestari ialah pelajar UMS Sukoharjo, hilang sejak Mac 2015.

Mohammed Bahrum pernah menemui keluarga Siti dan diperkenalkan sebagai calon suami tetapi keluarga Siti tidak bersetuju kerana lelaki itu sudah beristri dan memiliki anak.

Sehingga kini di mana Siti Lestari berada masih belum diketahui.

Sementara itu, Badorin juga mengesahkan identiti seorang penyerang itu sebagai Sunakim yang pernah dipenjara tujuh tahun kerana terbabit dalam kegiatan melatih pengganas seperti tentera di Aceh tetapi dia dibebaskan awal. - Agensi

Images: 

brun2.jpg

Image: 

bharun2.jpg

Image: 
GN4id: 
12585671
Lead: 

Jakarta: Ketua Polis Indonesia, Jeneral Badrodin Haiti, berkata aktiviti keganasan kumpulan yang melakukan serangan bom di Jakarta semalam, dibiayai Negara Islam (IS) melalui Mohammed Bahrun Naim, pelampau Indonesia yang ditahan pada 2011.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853