Seremban: Anakanda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin Tuanku Muhriz mangkat Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kuala Lumpur, pagi tadi.
Tunku Alif, 32, mangkat pada 11.55 pagi dan jenazah almarhum dibawa ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk urusan pemakaman pada hari ini.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dalam satu kenyataan berkata, upacara pemakaman akan diadakan secara tertutup dan membabitkan kehadiran kerabat terdekat sahaja.
Tunku Aliff yang diputerakan pada 3 September 1984, adalah putera ketiga dan anakanda bongsu pasangan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir serta Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.
Tunku Alif mangkat sehari selepas Hari Keputeraan Ayahandanya Ke-68, semalam.
kebumi.png
Seremban: Anakanda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin Tuanku Muhriz mangkat Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kuala Lumpur, pagi tadi.