Dungun : Tiga sahabat maut selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan lori tangki di Kilometer 101, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Paka, pagi tadi.
Mangsa yang maut dikenal pasti Muhammad Rashid Yoon Chow, 48, dari Durian Mentangau serta Irwan Khalid, 37, dan Mohd Nizam Ismail, 46, masing-masing berasal dari Paka.
Dalam kejadian 6.40 pagi itu, kereta dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh di situ sebelum melepasi pembahagi jalan dan merempuh lori tangki yang datang dari arah bertentangan.
Pertembungan itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Mohamad Jusoh berkata, enam anggota Bomba dengan sebuah jentera tiba di tempat kejadian, pada 6.50 pagi.
Katanya, kesemua mangsa yang meninggal itu dibawa keluar dan diserahkan kepada polis untuk urusan selanjutnya.
15116rosliilham1
Dungun : Tiga sahabat maut selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan lori tangki di Kilometer 101, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Paka, pagi tadi.