Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Macam gempa bumi [METROTV]

$
0
0
Utama

nurulhuda_kosnon@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: "Suasana ketika itu macam gempa bumi. Semua orang di dalam pejabat dan kawasan sekitar lari lintang pukang bagi menyelamatkan diri.

"Paling menyedihkan, saya nampak mayat bergelimpangan dan darah mengalir di sekitar kawasan kejadian. Ia amat menakutkan," kata rakyat Malaysia yang mahu dikenali sebagai Radiah, 29.

Dia berada hampir dengan tempat kejadian letupan bom dan tembakan berdekatan Sarinah Mall, di Jalan Thamrin, di tengah Jakarta, pagi tadi.

Radiah yang bekerja di Bahagian Kewangan, PT Permata Indonesia berkata, ketika kejadian dia sedang bekerja di dalam pejabat syarikat berkenaan yang terletak lebih 100 meter dari kafe Starbucks sekitar Sarinah Mall di Jalan Thamrin.

"Saya dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat pada 10.50 pagi waktu tempatan (11.50 pagi waktu Malaysia).

"Mula-mula saya ingat ada gempa bumi sebab bangunan pejabat bergegar. Beberapa saat kemudian saya melihat ke luar mendapati ada serangan bom dan tembakan.

"Saya dan beberapa rakan sekerja kemudiannya turun dari bangunan pejabat kerana takut dan melalui kawasan berhampiran lokasi kejadian itu untuk ke tempat yang lebih selamat," katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, petang tadi.

Katanya, dia panik dan terkejut apabila melihat ada mayat di atas jalan.

"Tak dapat nak gambarkan perasaan saya apabila melihat kali pertama insiden seperti itu dan ia berlaku di depan mata.

"Orang ramai yang berada di sekitar kawasan itu kemudiannya diarahkan polis untuk berpindah ke tempat lebih selamat," katanya yang sudah lebih dua tahun berkhidmat di PT Permata itu.

Katanya, dia kini trauma dengan insiden itu dan pihak pengurusan mengarahkan supaya dia berpindah ke ibu pejabat syarikat sama di Rawamangun, Pulo Gadung, Jakarta Timur atas faktor keselamatan buat sementara waktu bermula esok.

"Saya masih tidak dapat melupakan kejadian itu. Ibu pejabat baru iaitu di Rawamangun itu terletak 12 kilometer (km) daripada tempat saya bekerja sekarang.

"Alhamdulillah, keadaan kembali terkawal dan jalan yang ditutup berhampiran lokasi kejadian dibuka semula kepada orang ramai, petang

"Saya juga perlu lebih berhati-hati kerana bimbang kejadian sama berulang," katanya.

Dalam kejadian serangan bom dan tembakan itu, lima penyerang serta dua orang awam, seorang rakyat Kanada dan seorang rakyat Indonesia disahkan terbunuh manakala 10 lagi cedera, termasuk seorang rakyat Belanda dan seorang rakyat Algeria.

Images: 

bomb.png

Image: 
GN4id: 
12569020
Lead: 

Kuala Lumpur: "Suasana ketika itu macam gempa bumi. Semua orang di dalam pejabat dan kawasan sekitar lari lintang pukang bagi menyelamatkan diri.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Videos: 
Ibarat gempa bumi
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853