Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, hari inimenjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan terhadap perunding syarikat minyak dan gas, Hani Yahya, 39, atas tuduhan memiliki bahan penerbitan berkaitan dengan kumpulan pengganas Al Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP).
Hakim Datuk Nordin Hassan menjatuhkan hukuman itu apabila tertuduh yang juga warga Indonesia berketurunan Arab mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Mahkamah memerintahkan hukuman itu berkuat kuasa bermula hari ini.
Berdasarkan pertuduhan, Hani didakwa memiliki bahan penerbitan itu di pekarangan kondominium di Jalan Hang Isap, Bukit Bintang, dekat sini, pada 9 malam, 24 September tahun lalu.
Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak mana-mana bahan itu, jika sabit kesalahan.
Sebelum ini tertuduh tidak mengaku bersalah atas pertuduhan itu, bagaimanapun selepas kes disebut semula sebentar tadi, Hani menukar pengakuannya.
11116court2