Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Dua lagi direman

$
0
0
Utama

srul@hmetro.com.my

Kuantan: Dua lagi kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang direman selama enam hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah perlombongan bauksit di negeri ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Noor Aisah Mohamed, pagi tadi.

Suspek yang berusia 51 dan 57 tahun adalah antara enam kakitangan PTG negeri yang tampil memberi keterangan di pejabat SPRM Pahang, semalam.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Ini menjadikan sembilan individu ditahan reman setakat ini, bagi membantu siasatan SPRM berhubung kes rasuah perlombongan bauksit.

Daripada jumlah itu, enam daripadanya kakitangan PTG termasuk pegawai kanan dan tiga pegawai.

Manakala, tiga lagi adalah orang awam termasuk seorang wanita yang dipercayai orang tengah.

Images: 
GN4id: 
12498485
Lead: 

Kuantan: Dua lagi kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang direman selama enam hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah perlombongan bauksit di negeri ini.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853