Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Mangsa 'culik' mengaku bersalah

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Klang: Remaja perempuan berusia 14 tahun yang mendakwa diculik dari rumahnya di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, tetapi akhirnya ditemui bersama teman lelakinya mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan memberi maklumat palsu, pagi tadi.

Tertuduh hadir ke mahkamah dengan memakai pakaian hospital berwarna hijau dan membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nor Asma Datuk Ahmad.

Mengikut kertas pertuduhan, remaja itu dengan sengaja memberikan keterangan palsu berhubung dakwaan dirinya diculik pada 9.12 pagi, 29 Disember 2015, di Bandar Sultan Suleiman.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 196 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun dan denda.

Remaja itu dibenarkan diikat jamin RM 1,500 dengan dua penjamin iaitu ibu bapanya.

Terdahulu, teman lelakinya, Gan Chin Teck, 19, turut didakwa di mahkamah sama atas tuduhan melarikan remaja bawah umur tanpa keizinan yang sah.

Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syed Farid Syed Ali.

Dalam kejadian 27 Disember lalu remaja terbabit disedari hilang berhampiran rumahnya di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang selepas ibunya pulang ke rumah, kira-kira 2 petang.

Kes berkenaan menjadi viral selepas mangsa menghubungi kakak angkatnya memaklumkan dia diculik berhampiran rumahnya menggunakan van putih.

Bagaimanapun, pada 31 Disember lalu, remaja itu ditemui bersama teman lelakinya di stesen minyak di Kanchong Darat, Banting oleh Pasukan Penyiasat Khas Polis Kontinjen Selangor.

Images: 
GN4id: 
12426112
Lead: 

Klang: Remaja perempuan berusia 14 tahun yang mendakwa diculik dari rumahnya di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, tetapi akhirnya ditemui bersama teman lelakinya mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan memberi maklumat palsu, pagi tadi.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853