Shah Alam: Remaja perempuan berusia 14 tahun yang mendakwa dirinya diculik di Bandar Sultan Suleiman, 27 Disember lalu, akan didakwa mengikut Seksyen 196 Kanun Keseksaan kerana memberikan maklumat palsu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, remaja itu akan didakwa bersama suspek berusia 19 tahun yang juga teman lelakinya di Mahkamah Klang, esok.
Menurutnya, lelaki terbabit didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana munculik atau melarikan remaja bawah umur tanpa keizinan penjaga yang sah.
"Kita mencadangkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendakwa remaja perempuan terbabit mengikut Seksyen 196 Kanun Keseksaan.
"Ia bertujuan memberi peringatan kepada orang ramai supaya perkara ini tidak berulang lagi di masa akan datang," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Pada 27 Disember lalu, remaja itu dilaporkan hilang berdekatan kediamannya di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang.
Kes kehilangannya menjadi viral di laman sosial selepas rakaman perbualan telefon antara remaja itu bersama kakak angkatnya tersebar.
Bagaimanapun, pada 31 Disember lalu, 7.45 malam, Pasukan Penyiasat Khas Polis Kontinjen Selangor, yang ditubuhkan bagi menyelamatkannya berjaya menemui remaja itu bersama teman lelakinya di stesen minyak di Kanchong Darat, Banting.
BH010116SO004
Shah Alam: Remaja perempuan berusia 14 tahun yang mendakwa dirinya diculik di Bandar Sultan Suleiman, 27 Disember lalu, akan didakwa mengikut Seksyen 196 Kanun Keseksaan kerana memberikan maklumat palsu.