Sungai Besi: Demonstrasi #ShutdownSungaiBesi yang dikatakan bertujuan membantah kenaikan harga tol tidak mencapai sasaran apabila hanya disertai kira-kira 100 peserta, di sini, malam tadi.
Penganjurnya iaitu Parti Amanah Negara sebelum ini meletakkan sasaran 50,000 peserta.
Selain itu, demonstrasi yang dijadualkan bermula kira-kira 9 malam, hanya berlangsung dua jam kemudian.
Tinjauan mendapati peserta yang berkumpul di depan stesen minyak dekat Plaza Tol Sungai Besi menghala ke Kuala Lumpur dilihat tidak menghiraukan keselamatan mereka.
Antara yang hadir Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub dan Ketua Pemudanya, Shazni Munir Ithnin.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razimi Ahmad, berkata tiada sebarang tangkapan dibuat dan demonstrasi berkenaan berlangsung dengan aman.
'Tiada apa-apa tangkapan, semuanya berlangsung dengan aman," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Perhimpunan itu berakhir menjelang 12 tengah malam.
demo
Sungai Besi: Demonstrasi #ShutdownSungaiBesi yang dikatakan bertujuan membantah kenaikan harga tol tidak mencapai sasaran apabila hanya disertai kira-kira 100 peserta, di sini, malam tadi.