Putrajaya: Gadis Filipina, Leren Mae Bautista diumumkan `Miss Tourism Queen of the Year International 2015’ sekali gus mengalahkan 56 peserta pelbagai negara.
Dengan pengumuman itu, Leren Mae membawa pulang RM10,000 tunai, tajaan biasiswa pengajian RM50,000 di Universiti Asia Metropolitan, mahkota, trofi dan selendang.
Keputusan itu diumumkan pada majlis berprestij yang berlangsung di sebuah hotel terkenal, di sini, malam tadi.
Pemakaian mahkota kepada Leren Mae disempurnakan oleh Miss Tourism Queen of the Year International 2014, Warangkanang Wutthayakorn.
Anugerah seterusnya Miss Tourism Metropolitan International dirangkul peserta dari Uganda iaitu Sheila Kirabo diikuti Miss Tourism Global dari Lithuania iaitu Irmina Presegalaviciute.
Miss Tourism Cosmopolitan International pula disandang peserta Iceland, Tanje Yr Asthorstoddir, manakala Dreamgirl of the Year International dinobatkan kepada peserta dari India, Chandi Sharma.
Hadir sama, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab dan Presiden Miss Tourism International, Tan Sri Danny Ooi.
gadis
Putrajaya: Gadis Filipina, Leren Mae Bautista diumumkan `Miss Tourism Queen of the Year International 2015’ sekali gus mengalahkan 56 peserta pelbagai negara.