Kuala Lumpur: Pelakon dan model terkenal Kavita Kaur Sidhu, 44, mengakui diselubungi perasaan yang bercampur-baur menjelang majlis perkahwinannya pada 8 Januari depan.
Kavita ketika dihubungi berkata perasaan gembira dan bimbang menguasai diri ketika ini kerana majlis perkahwinan dengan bakal suami, Roberto Guiati, 36, semakin hampir.
"Sudah tentu saya berdebar-debar dan teruja juga. Namun dalam masa yang sama saya tertekan dan bimbang untuk majlis itu.
"Maklumlah sebab hari (perkahwinan) pun semakin dekat dan banyak lagi perkara yang belum siap lagi. Macam tidak percaya pun ada juga," katanya.
Kavita yang menjalin hubungan dengan warga Itali itu selama empat tahun dilamar di Phuket pada Julai lalu.
kavi2
Kuala Lumpur: Pelakon dan model terkenal Kavita Kaur Sidhu, 44, mengakui diselubungi perasaan yang bercampur-baur menjelang majlis perkahwinannya pada 8 Januari depan.