Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Kerana mulut badan binasa

$
0
0
Mutakhir

hadzlihady@hmetro.com.my

Georgetown: Polis akan mendakwa lelaki 40 tahun yang memaki hamun dan membuat kecoh di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Batu Uban, di sini, 26 November lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten, Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata lelaki terbabit akan dituduh di Mahkamah Majistret, Georgetown, mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, esok.

Menurutnya, lelaki itu sudah ditahan untuk diambil keterangan namun dibebaskan dengan jaminan polis.

"Kita sudah merujuk kesnya kepada Timbalan Pendakwa Raya yang kemudian bersetuju untuk mendakwa lelaki terbabit kerana kesalahannya itu," katanya ketika dihubungi.

Video lelaki itu yang memaki hamun Pegawai JPJ menjadi viral di laman sosial, sejak beberapa hari lalu.

Images: 

court3

Image: 
GN4id: 
12333109
Lead: 

Georgetown: Polis akan mendakwa lelaki 40 tahun yang memaki hamun dan membuat kecoh di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Batu Uban, di sini, 26 November lalu.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853