Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

1,000 terkandas di Langkawi [METROTV]

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Langkawi: Kira-kira 1,000 pelancong tempatan dan luar negara untuk segera pulang selepas bercuti sempena hari Natal di pulau ini terbantut berikutan tiket feri untuk perjalanan ke Kuala Perlis dan Kedah lewat petang semalam dan awal pagi ini habis awal dijual.

Tinjauan di terminal penumpang jeti Kuah di sini, jam 9.30 pagi hari ini, mendapati tiket feri untuk jadual asal perjalanan petang semalam dan awal pagi ini sudah habis dijual sejak tengah hari semalam.

Daripada jumlah itu, 50 pelancong termasuk pasangan pelancong dari Sepanyol antara paling teruk apabila terkandas semalaman sehingga mengambil keputusan untuk tidur di kaki lima Kompleks Jetty Point (KJP) di sini, sebelum dibantu petugas sukarela dengan membawa mereka ke kawasan yang lebih selesa.

Sementara itu, seorang petugas kaunter Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd (LFLV) yang enggan dikenali berkata, untuk perjalanan hari ini pihak syarikat menyediakan 27 feri bagi perjalanan ke Kuala Perlis dan 21 feri ke Kuala Kedah.

"Jumlah perjalanan feri itu termasuk feri tambahan yang disediakan oleh syarikat dan sebahagian besar tiket untuk perjalanan awal pagi hingga tengah hari sudah habis dijual sejak petang semalam ," katanya.

Seorang pelancong, Rahimah Mohd Dom, 48, dari Nilai, Negeri Sembilan, berkata, beliau dan lapan ahli keluarga mengambil keputusan tidur di kaki lima KJP selepas tidak dapat pulang lewat petang semalam kerana tiket feri kehabisan.

"Bagaimanapun kira-kira jam 11 malam tadi, ada petugas sukarela dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Nor Saidi Nanyan datang berjumpa dan membawa kami ke tempat yang lebih selesa untuk tidur dan membersihkan diri.

"Alhamdulillah, dalam kesusahan yang kami hadapi ada pihak tampil membantu. Terima kasih kepada semua yang membantu meringankan beban rombongan kami yang turut disertai kanak-kanak dan orang tua," katanya.

Images: 

28jeti

Image: 
GN4id: 
12293001
Lead: 

Langkawi: Kira-kira 1,000 pelancong tempatan dan luar negara untuk segera pulang selepas bercuti sempena hari Natal di pulau ini terbantut berikutan tiket feri untuk perjalanan ke Kuala Perlis dan Kedah lewat petang semalam dan awal pagi ini habis awal dijual.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Videos: 
1,000 terkandas di Pulau Langkawi
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853