Ipoh: Pesta buku Bos Gaurus 2015 di Stadium Indera Mulia, di sini, pagi tadi, menyaksikan rekod dunia dalam Guinness World Records (GWR) tercipta bagi kategori menyusun dan membina piramid buku daripada 70,247 buku.
Penilaian serta pengesahan rekod dunia hasil projek Piramid Buku Terbesar Dunia oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak dengan kerjasama IMAGIKA Sdn Bhd (IMAGIKA) serta mendapat sokongan kerajaan negeri itu dibuat wakil GWR Anna Lewis Orford yang hadir di pesta buku berkenaan.
Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Nor Aini Mohd Nordin berkata, rekod dicipta itu berjaya memecahkan rekod sebelum ini yang dipegang Kedai Buku Ernster di Luxembourg, April lalu, iaitu sebanyak 63,377 buku.
Katanya, idea untuk menyertai GWR dilaksanakan oleh IMAGIKA dan mengumpul buku sebelum mula membina piramid pada 19 Disember lalu.
"Seramai 40 kakitangan yang kebanyakannya sukarelawan secara bergilir-gilir membina piramid daripada 70,247 buku dengan ukuran 6 meter lebar, 6 meter panjang dan dengan ketinggian tiga meter.
"Sebanyak 20,000 naskah buku adalah sumbangan daripada komuniti seluruh negara manakala selebihnya adalah daripada perpustakaan," katanya.
rd.png