Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Adunan takoyaki pemandu teksi [METROTV]

$
0
0
Utama

garret@hmetro.com.my

POTONGAN kecil lobak merah berbentuk dadu antara keunikan bebola sotong atau dikenali sebagai takoyaki di gerai pemandu teksi, Mohd Zuki Daud, 41, yang terletak di Tasik Widuri, Bukit Beruntung.

Kebiasaannya adunan bebola itu berintikan sotong dicampur dengan hirisan kubis tetapi Mohd Zuki mengubah menu popular berasal dari Jepun di gerai Takoyaki by Takozuki miliknya agar mempunyai kelainan.

Mohd Zuki berkata, dia bertindak berani mengubah suai menu itu kerana mahukan keenakan takoyaki dirasai dengan lobak merah, malah dia juga menyediakan takoyaki berintikan ayam, ketam dan udang sedangkan jika pada asalnya takoyaki hanya berinti sotong kurita.

“Yang berubah hanya intinya tetapi saya masih mengekalkan keenakan takoyaki yang mengandungi sos salmon istimewa, bahan perasa ikan dan mayonis.

“Begitu juga dengan hiasannya yang menggunakan hirisan ikan salai menambah selera setiap pelanggan yang membelinya,” katanya.


MOHD Zuki (kanan) dan Siti Noor Ashikin di gerai mereka di Tasik Widuri. FOTO Salhani Ibrahim

Menurutnya, dia belajar membuat takoyaki daripada seorang rakan baiknya di Cheras.

“Dialah orang yang banyak memperkenalkan saya dengan perniagaan takoyaki dan memberi saya bimbingan untuk memulakan semuanya.

“Sebenarnya saya mengambil masa lebih seminggu untuk belajar membuat takoyaki. Pada mata kasar nampak mudah tetapi hakikatnya adalah sukar untuk membentuk takoyaki itu menjadi bulat.

“Anak-anak antara ‘pelanggan’ pertama merasai takoyaki saya. Jika mereka kata tidak sedap, mana mungkin saya akan menjualnya,” katanya yang menjual takoyaki pada harga RM5 untuk satu set lima biji takoyaki.

Mohd Zuki berkata, isterinya, Siti Noor Ashikin Mhd Disi, 31, banyak membantunya untuk membuka perniagaan itu.

“Pada mulanya kami membuka gerai di tepi jalan dan jualan dari rumah tetapi kini apabila tapak berniaga ada di tepi Tasik Widuri, kami terus mengambil peluang itu.

“Rasa takoyaki yang enak dan ringkas sesuai dengan selera masyarakat kota selain berkhasiat kerana mengandungi serat yang banyak,” katanya sambil memberitahu mampu menjual sehingga 140 biji takoyaki sehari.

Menurutnya, gerainya dibuka pada setiap Sabtu dan Ahad bermula 4 petang.

Image: 
Image: 

POTONGAN kecil lobak merah berbentuk dadu antara keunikan bebola sotong atau dikenali sebagai takoyaki di gerai pemandu teksi, Mohd Zuki Daud, 41, yang terletak di Tasik Widuri, Bukit Beruntung.

HM Viral - Takoyaki by Takozuki

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes