Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Bapa durjana dijel 80 tahun, 24 sebatan

$
0
0
Utama

amifaiz@bh.com.my

PEKERJA am bukan sahaja terpaksa meringkuk dalam penjara selama 80 tahun, malah dikenakan 24 sebatan selepas didapati bersalah merogol anak kandungnya sejak tiga tahun lalu.

Hakim Dayang Ellyn Narissa Abang Ahmad, di Mahkamah Sesyen Petra Jaya, menjatuhkan hukuman berkenaan selepas tertuduh berusia 40 tahun itu didapati bersalah melakukan perbuatan keji terbabit sebanyak empat kali dalam tempoh tiga tahun.

Bagi setiap pertuduhan mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan, tertuduh kepada empat anak itu dihukum penjara 20 tahun dan enam sebatan dengan hukuman berjalan berasingan berkuat kuasa hari ini.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh bertindak merogol anak perempuannya ketika mangsa berusia 14 tahun di sebuah rumah di Padawan sejak Mac 2015.

Keputusan mengenakan hukuman berat ke atas tertuduh dibuat berikutan tindakannya menjadikan mangsa sebagai pemuas nafsu selepas tertuduh bercerai dengan isterinya dengan perbuatan terkutuk berlaku ketika mangsa sedang tidur.

Tidak cukup dengan itu, tertuduh licik membawa anak kandungnya ke farmasi bagi membeli pil pencegahan kehamilan dan sanggup memaksa mangsa menelan pil terbabit sebelum dirinya dirogol.

Perbuatan bapanya akhirnya terbongkar selepas mangsa mendedahkan perbuatan tertuduh kepada ibunya menerusi WeChat, sekali gus membawa kepada penangkapan tertuduh beberapa bulan lalu.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Haresh Prakash, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Image: 

PEKERJA am bukan sahaja terpaksa meringkuk dalam penjara selama 80 tahun, malah dikenakan 24 sebatan selepas didapati bersalah merogol anak kandungnya sejak tiga tahun lalu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes