Kuala Lumpur: Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (Johor DT) mendominasi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015 apabila berjaya menggondol lapan daripada 17 anugerah yang dipertandingkan di Sunway Pyramid Convention Centre, sebentar tadi.
Pemain tengah JDT, Safiq Rahim yang beraksi cemerlang sepanjang musim ini, meraih kejayaan berganda selepas dipilih sebagai Pemain Tengah Terbaik dan Pemain Paling Bernilai.
Manakala, ketua jurulatih Harimau Selatan, Mario Gomez dipilih Jurulatih Terbaik, Aidil Zafuan (Pemain Pertahanan Terbaik), Farizal Marlias (Penjaga Gol Terbaik), Luciano Figueroa (Pemain Import Terbaik) dan Amri Yahyah (Penyerang Terbaik).
Juara Liga Perdana, Kedah ditabal sebagai Pasukan Bola Sepak Terbaik.
Sementara itu, pemain pertahanan Pahang, Matthew Davies meraih Anugerah Pemain Muda Terbaik pada penampilan sulungnya dalam Liga Malaysia musim ini mengatasi pemenang sebelum ini, Farhan Roslan dari Kedah.
Dramane Traore dari PDRM merangkul anugerah kasut emas bagi saingan Liga Super dengan mencetak 20 gol sementara Francis Forkey Doe (NS Matrix) menggegar jaring Liga Perdana dengan 17 gol.
JDT2