Kuala Lumpur: Bintang aksi Hong Kong, Donnie Yen, 52, mendedahkan dia nyaris terkena tumbukan peninju lagenda Mike Tyson beberapa kali ketika melakonkan babak pertarungan dalam filem Ip Man 3, beberapa bulan lalu.
Donnie berkata, babak itu antara cabaran dalam filem arahan Wilson Yip itu yang dihadapinya berikutan Tyson tidak biasa berlakon.
"Tyson peninju tersohor dunia dan pergerakan dia sangat rumit. Tambahan pula dia sukar mengingati pergerakan yang diajar, jadi kami terpaksa melakukan aksi pertarungan betul.
"Mujur saya dapat mengelak tumbukan Tyson beberapa kali," katanya yang memegang watak sebagai lagenda seni pertahanan diri Wing Chun, Yip Man.
Menurutnya, peluang berlakon dengan Tyson sememangnya pengalaman baik dan dia juga peminat peninju terbabit.
"Ketika bertemu dengan Tyson, dia turut memberitahu meminati filem IpMan selepas menonton siri pertama dan kedua," katanya ketika ditemui di sidang media filem berkenaan di sini, petang tadi.
Filem IP Man 3 yang menelan kos pembikinan mencecah RM132.26 juta itu bakal menemui penonton di negara ini pada 24 Disember ini.
Barisan pelakon lain yang turut membintangi filem ini ialah Lynn Xiong, Karena Ng dan Max Zhang.
box1