Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Seribu polis jaga Shah Alam

$
0
0
Utama

hmetroshahalam@hmetro.com.my

Shah Alam: Kira-kira 1,000 anggota polis akan ditempatkan di Stadium Shah Alam, malam esok, bagi memastikan kelancaran perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Selangor dan Pahang.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, berkata pihaknya juga akan dibantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Katanya, kedudukan penyokong kedua-dua pasukan berkenaan akan diasingkan iaitu Pahang menggunakan pintu A manakala Selangor di pintu C.

"Polis memberi amaran tindakan tegas akan diambil kepada penyokong kedua-dua pasukan yang dikesan membawa sebarang bahan larangan seperti suar, mercun dan senjata berbahaya ke dalam stadium.

"Penyokong kedua-dua pasukan juga dilarang berarak dan berhimpun kerana dikhuatiri berlakunya provokasi yang boleh mencetuskan suasana tegang," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Images: 

shahalam

Image: 
GN4id: 
11989495
Lead: 

Shah Alam: Kira-kira 1,000 anggota polis akan ditempatkan di Stadium Shah Alam, malam esok, bagi memastikan kelancaran perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Selangor dan Pahang.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853