Kuala Lumpur: Penganggur, Lin Kok Heng, 20, dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh gadis di flat di Cheras Utama pada 19 November lalu.
Tertuduh didakwa membunuh dan menyebabkan kematian terhadap Chan Li Mei, 19.
Lin hanya mengganguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.
Tiada pengakuan direkodkan.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di rumah di Jalan 6/95B, Flat Cheras Ria, Cheras Utama, pada jam 8 malam hingga 9 malam pada 19 November lalu.
Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
301115court1
Kuala Lumpur: Penganggur, Lin Kok Heng, 20, dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh gadis di flat di Cheras Utama pada 19 November lalu.