Wellington ( New Zealand): Pegawai tentera Malaysia yang diekstradisi ke New Zealand, Muhammad Rizalman Ismail, 39, mengaku bersalah terhadap tuduhan serangan seksual di mahkamah hari ini.
Rizalman yang sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan memecah masuk dan menyerang dengan niat untuk merogol kini berdepan hukuman penjara maksimum tujuh tahun.
Mahkamah New Zealand dijadualkan menjatuhkan hukuman Jumaat ini.
Rizalman bertugas di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington ketika dia ditahan pada 9 Mei 2014 atas dakwaan mengekori seorang wanita berusia 21 tahun ke rumah dan menyerangnya.
Dia meninggalkan New Zealand tidak lama selepas itu di bawah perlindungan imuniti diplomatik sebelum dihantar semula ke negara itu untuk dibicarakan. - AP
AF0133010
Wellington ( New Zealand): Pegawai tentera Malaysia yang diekstradisi ke New Zealand, Muhammad Rizalman Ismail, 39, mengaku bersalah terhadap tuduhan serangan seksual di mahkamah hari ini.