Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Buru slot Olimpik Brazil [VIDEO]

$
0
0
Utama

PELARI pecut muda negara, Badrul Hisyam Abdul Manap hanya perlu berlari 0.01 saat lebih pantas daripada catatan 10.29 saat miliknya dalam acara 100 meter untuk layak beraksi di Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil 2016.

Raja Pecut Sekolah ASEAN itu, berkata dia difahamkan perlu memecah rekod kebangsaan miliknya itu di mana-mana kejohanan antarabangsa yang menawarkan kelayakan ke Sukan Olimpik, untuk meloloskan diri bagi kategori B.

Kelayakan ke Sukan Olimpik bagi acara 100m adalah 10.18s manakala kategori B pula ialah 10.24s ataupun tiket wildcard sekiranya mampu mengatasi rekod kebangsaan.

"Saya akan terus berlatih untuk meraih tiket ke Sukan Olimpik. Saya difahamkan sekiranya saya boleh mengatasi catatan masa saya, peluang ke Olimpik adalah cerah," katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), di Sepang, hari ini.

Badrul Hisyam berkata, kunci kejayaan memecah rekod kebangsaan 17 tahun milik Watson Nyambek di Sukan Sekolah ASEAN baru-baru ini adalah patuh kepada arahan jurulatih dan juga berdisplin.

Badrul Hisyam berkata, dia mahu terus bersama jurulatihnya, Mohd Poad Md Kassim, walaupun ditawarkan berlatih bersama jurulatih bertaraf dunia sekalipun.

Poad telah membimbing Badrul Hisyam sejak dia berusia 10 tahun dan pemuda berasal dari Merlimau, Melaka, itu sanggup berpindah bersama jurulatihnya sehingga ke Sekolah Tengku Mahkota Ismail (STMI), sekolah sukan di Bandar Penawar, Johor.

"Saya tidak akan pergi kecuali jurulatih menyuruh saya pergi...tetapi saya tetap akan memikirkannya dahulu," katanya.

Tidak seperti pelajar lain, Badrul Hisyam sanggup berkorban berjauhan dengan keluarga untuk mendapat bimbingan jurulatihnya itu sehingga berjaya melakar kejayaan.

"Sudah lama saya tidak balik rumah. Hari ini, saya sangat gembira dapat berjumpa ibu saya. Saya tidak sangka ramai ahli keluarga saya hadir menyambut saya.

“Sebelum ini, keluarga ada melarang saya bersukan tetapi saya telah buktikan kejayaan ini untuk mereka," katanya.

Sejak berusia 10 tahun lagi, Badrul Hisyam sudah terbiasa berulang-alik dari Melaka ke Johor untuk berlatih bersama jurulatihnya itu.

Selain mencipta rekod kebangsaan itu, Badrul Hisyam turut mencipta rekod kejohanan acara 200m Sukan Sekolah ASEAN dengan catatan 21.39 mengatasi catatan lama 21.61s miliknya sendiri yang dilakukan di Filipina tahun lepas.

Dia turut membantu kuartet 4X400m negara muncul juara sambil mencipta rekod kejohanan dengan catatan 39.86s, mengatasi rekod lama 46.56s milik Thailand sejak 2009. - Bernama

Images: 

badai

Image: 
GN4id: 
11889191
Lead: 

PELARI pecut muda negara, Badrul Hisyam Abdul Manap hanya perlu berlari 0.01 saat lebih pantas daripada catatan 10.29 saat miliknya dalam acara 100 meter untuk layak beraksi di Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil 2016.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Videos: 
Badrul Hisham Manap pecah rekod Watson Nyambek
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853