Rembau: Suami isteri maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 14.7 Jalan Seremban-Tampin, dekat Ladang Hentian Tinggi, di sini, pagi ini.
Khairul Anwar Tajuddin, 34, dan isterinya, Murni Muhamat, 26, yang dipercayai hamil meninggal dunia di lokasi kejadian.
Anak lelaki pasangan itu, dua tahun, parah dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban, untuk menerima rawatan.
Kemalangan 6 pagi itu membabitkan Proton Persona yang dinaiki pasangan itu dan Honda Civic. Kedua-duanya dipercayai bertembung sebelum kereta mangsa terbalik.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd Kasim Hassan, berkata pihaknya menerima panggilan, pada 6.23 pagi.
Menurutnya, dan sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota ke lokasi kejadian.
Menurutnya, kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing dan bomba mengambil hampir sejam untuk mengeluarkan mangsa dan dihantar ke HTJ untuk bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif mengesahkan kejadian dan punca kemalangan masih dalam siasatan.
siandia
Rembau: Suami isteri maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 14.7 Jalan Seremban-Tampin, dekat Ladang Hentian Tinggi, di sini, pagi ini.