Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Suspek utama didakwa esok

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Suspek utama disyaki mencuri telefon bimbit yang ditahan di Plaza Low Yat malam Sabtu lalu akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta, 9 pagi esok

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah KL, Datuk Zainuddin Ahmad mengesahkan orang kena tahan (OKT) terbabit iaitu Shahrul Anuar Abdul Aziz berusia 22 tahun akan didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Zainuddin yang ditemui di hadapan Plaza Lowyat sebentar tadi berkata, pihaknya akan berusaha memburu suspek yang terbabit dalam kejadian berkenaan termasuk mengedar fotofit mereka.

"Empat kertas siasatan sudah dibuka setakat ini mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan merusuh dengan senjata.

"Kami juga berharap orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil membantu siasatan," katanya.

Katanya, setakat jam 11 malam tadi tidak berlaku sebarang kekecohan dI lokasi sekitar Plaza Low Yat dan orang ramai diingatkan supaya tidak mempercayai sebarang khabar angin kononnya berlaku kekecohan.

Images: 

loyat12

Image: 
GN4id: 
9311748
Lead: 

Kuala Lumpur: Suspek utama disyaki mencuri telefon bimbit yang ditahan di Plaza Low Yat malam Sabtu lalu akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta, 9 pagi esok

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853