Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

'Kes curi telefon, bukan perkauman'

$
0
0
Utama

nurulhuda_kosnon@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: "Apa yang berlaku adalah kes curi telefon. Tiada kaitan dengan kes penipuan oleh penjual telefon mahupun isu perkauman seperti mana yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab."

Demikian kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika ditemui wartawan selepas membuat tinjauan di Plaza Low Yat, di sini, petang tadi.

Khalid berkata, 19 suspek direman selama empat hari, bermula hari ini berhubung kes rusuhan dan pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat sejak Sabtu lalu dan merebak sehingga awal pagi tadi.

#kualalumpur Tinjauan di Plaza Low Yat mendapati kebanyakan kedai ditutup berikutan insiden rusuhan yang berlaku malam tadi dan kelmarin. VIDEO Shahrul Redzuan ZulkifliKetua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata, polis memberi jaminan keadaan di sekitar Plaza Low Yat dan Bukit Bintang, terkawal dan selamat.Lagi berita #lowyatkecoh:> 18 ditahan, tujuh cedera: http://hmtro.com/1M5tx4O>‘Lebih ditokok tambah’: http://hmtro.com/1K0n2zS>'Serah kepada polis': http://hmtro.com/1HULn9T> Polis arah orang ramai beredar: http://hmtro.com/1Cz1XK1> Jangan percaya khabar angin: http://hmtro.com/1CxCuBf> Gelora di Bukit Bintang: http://hmtro.com/1HXz0YX

Posted by Harian Metro * myMetro on Monday, July 13, 2015

"Kita juga akan memantau medium media sosial yang menjadi tempat menyebarkan serta 'mengapi-apikan' berhubung isu berkenaan," katanya di sini.

Beliau berkata, beberapa lagi blogger lain turut sama akan ditahan dan diambil tindakan kerana menyebarkan laporan yang sama sekali tidak benar.

"Salah seorangnya adalah Blogger Papagomo yang dikehendaki serah diri di Balai Polis sebelum pihak kami menahannya," katanya.

"Ini tiada kaitan langsung dengan kaitan termasuk isu perkauman. Perkara ini perlu ditangani segera.

"Pihak kami juga menyeru orang ramai supaya tidak mudah percaya dan menyebarkan laporan tidak benar.

"Pihak kami akan menyelesaikan perkara ini dengan segera dan orang ramai tidak perlu takut dan bimbang dengan kejadian rusuhan serta pergaduhan di Plaza Low Yat kerana semuanya berada dalam keadaan selamat," katanya.

Images: 

khalidbkr

Image: 
GN4id: 
9303935
Lead: 

Kuala Lumpur: "Apa yang berlaku adalah kes curi telefon. Tiada kaitan dengan kes penipuan oleh penjual telefon mahupun isu perkauman seperti mana yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab."

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853