Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Jiran kerani juga ditahan

$
0
0
Utama

ibrahim_isa@hmetro.com.my

Muar: Polis menahan lelaki yang juga jiran mangsa kes rompak dan bunuh wanita di Taman Setia Kasih Sungai Terap, Bukit Pasir, Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, suspek berusia 30 tahun itu ditahan di rumahnya berhampiran rumah mangsa kira-kira 6 petang tadi.

Menurutnya, tangkapan dilakukan hasil siasatan pasukan khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.

"Suspek ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan kerani Sekolah Agama Sungai Raya selepas kami mendapati dia gagal memberi keterangan memuaskan ketika siasatan awal dijalankan.

"Selain itu, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, selain itu suspek turut mempunyai dua rekod kesalahan lampau iaitu jenayah kekerasan dan memiliki dadah.

Images: 

201115cufs1

Image: 
GN4id: 
11723980
Lead: 

Muar: Polis menahan lelaki yang juga jiran mangsa kes rompak dan bunuh wanita di Taman Setia Kasih Sungai Terap, Bukit Pasir, Isnin lalu.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853