Paris: Tiga individu ditangkap di Belgium dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan yang berlaku di Paris.
Semua mereka ditahan Unit Siasatan Anti-Keganasan berpusat di Belgium berikutan kereta sewa warganegara itu yang ditemui berhampiran dengan satu daripada tapak serangan di Paris.
Pendakwa raya Belgium berkata, ia adalah satu daripada dua kenderaan yang digunakan dalam rangkaian serangan di pusat bandar Paris dalam jarak masa tidak kurang daripada satu jam.
Sumber yang rapat dengan siasatan itu berkata, seorang daripada lelaki bersenjata yang mati adalah warga Perancis yang mempunyai kaitan dengan militan Islam kini berada di bawah pengawasan oleh perkhidmatan keselamatan.
Manakala Media Perancis berkata, abang dan ayah lelaki itu ditahan semalam. - Reuters
16belgian
Paris: Tiga individu ditangkap di Belgium dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan yang berlaku di Paris.