Paris: IS mengaku bertanggungjawab terhadap beberapa siri serangan yang berlaku di ibu kota Perancis itu, awal pagi ini (waktu Malaysia).
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, lewat petang ini, IS mendakwa Perancis akan sentiasa menjadi negara sasaran utama.
Kenyataan itu yang dikeluarkan dalam bahasa Perancis juga menyebut semua sasaran serangan juga dikenalpasti lebih awal.
Selain itu, katanya, semua lapan pejuang yang bertanggungjawab dibekalkan tali pinggang berlilitkan bahan letupan dan membawa senjata api.
Menurutnya, lapan indvidu itu kemudian diarahkan ke lokasi yang sudah dipilih lebih awal yang berada di tengah-tengah kota Paris.
Katanya, lokasi itu termasuk Stade de France (stadium) iaitu ketika perlawanan Perancis dan Jerman yang dihadiri Presiden François Hollande.
Selain itu, katanya, Bataclan turut menjadi sasaran iaitu lokasi orang musyrik berkumpul dan berpesta serta daerah 10, 11 dan 18.
“Perancis dan mereka mengikut laluannya (Perancis) perlu tahu bahawa mereka menjadi sasaran utama kepada IS,” kata kenyataan itu.
Sementara itu, Presiden Francois Hollande, menyalahkan kumpulan IS dan mendakwa tindakan mereka itu sebagai ‘act of war’. - Agensi
amdhSD
Paris: IS mengaku bertanggungjawab terhadap beberapa siri serangan yang berlaku di ibu kota Perancis itu, awal pagi ini (waktu Malaysia).