TIGA PULUH ENAM mayat ditemui dalam kasino di Manila selepas lelaki melepaskan tembakan dengan raifal automatik dan memulakan kebakaran di bangunan itu, hari ini.
Lebih 54 individu lain cedera ketika orang ramai bertungkus-lumus meninggalkan Resorts World Manila selepas suspek melepaskan tembakan menggunakan raifal M4 serta membakar bilik judi, kira-kira 12 tengah malam tadi.
Ketua polis Manila, Oscar Albayalde memberitahu CNN Filipina, 36 mangsa terbabit meninggal dunia akibat lemas.
Albayalde menegaskan kejadian ini bukan serangan pengganas sebaliknya cubaan merompak.
Suspek turut dipercayai warga asing kerana kelihatan seperti seorang kaukasia dan bertutur dalam Bahasa Inggeris, kata Albayalde.
Suspek pada mulanya menghilangkan diri ketika huru-hara kejadian namun membakar dirinya di dalam bilik hotel dan mayatnya ditemui kira-kira lima jam kemudian.
Berita berkaitan
• Penyerang bertopeng tembak orang ramai
-->
• [UPDATE] Perompak kasino bunuh diri
-->
TIGA PULUH ENAM mayat ditemui dalam kasino di Manila selepas lelaki melepaskan tembakan dengan raifal automatik dan memulakan kebakaran di bangunan itu, hari ini.