KERAJAAN China menyerahkan 100 nama rakyatnya yang disyaki penjenayah kepada Malaysia selepas dipercayai terbabit dalam pelbagai kesalahan termasuk keganasan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata senarai itu terdiri daripada individu yang dipercayai terbabit dalam jenayah di beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, perkongsian maklumat itu dilakukan antara dua negara untuk mengesan individu berkenaan untuk disiasat di Malaysia sebelum diusir pulang ke China.
"China berkongsi maklumat senarai itu dengan Malaysia sekiranya individu terbabit berada di sini yang bukan hanya untuk disiasat tetapi dilakukan penahanan dan dihantar pulang," katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Menteri Keselamatan Awam China Guo Shengkun, di Putrajaya, pagi ini.
Beliau turut mempengerusikan Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama Ketiga antara Malaysia dan China mengenai jenayah rentas sempadan.
KERAJAAN China menyerahkan 100 nama rakyatnya yang disyaki penjenayah kepada Malaysia selepas dipercayai terbabit dalam pelbagai kesalahan termasuk keganasan.