Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Didakwa hari ini [UPDATE]

$
0
0
Utama

LELAKI warga Sri Lanka akan didakwa di Mahkamah Majistret Melbourne, hari ini atas kesalahan mengancam untuk meletupkan pesawat Malaysia Airlines MH128.

Ketua Pesuruhjaya Polis Victoria, Graham Ashton berkata, lelaki itu akan dituduh cuba menceroboh kokpit dengan mendakwa mempunyai bom sebaik pesawat berlepas dari Melbourne menuju Kuala Lumpur, lewat malam tadi.

“Lelaki berusia 25 tahun itu tinggal di pedalaman Dandenong bakal menghadapi dua pertuduhan mengikut Akta Jenayah Penerbangan tetapi kita tidak menganggapnya sebagai insiden keganasan.

“Siasatan polis mendapati lelaki itu baru keluar daripada pusat psikiatri di Melbourne, semalam.

“Dia memasuki pusat itu secara sukarela dan tiada apa yang dapat menghalangnya daripada meninggalkan pusat psikiatri itu,” katanya yang dipetik portal 9news.

Terdahulu, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, penumpang lelaki itu berjaya dikawal anak kapal dan ditahan di lapangan terbang berkenaan.

“Ia bukan rampasan pesawat tetapi seorang penumpang cuba menceroboh kokpit.

“Penumpang berkenaan mendakwa mempunyai bom, tetapi ia bukan bom tetapi pengecas bateri (powerbank),” katanya dipetik AFP.

Kejadian itu menyebabkan pesawat MH 128 yang berlepas dari Lapangan Terbang Melbourne pada 11.11 malam waktu tempatan terpaksa berpatah balik dan mendarat pada 11.47 malam.

Pesawat itu membawa 337 penumpang termasuk anak kapal dan kejadian itu dilaporkan serius.

Image: 

LELAKI warga Sri Lanka akan didakwa di Mahkamah Majistret Melbourne, hari ini atas kesalahan mengancam untuk meletupkan pesawat Malaysia Airlines MH128.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853