LELAKI Sri Lanka yang cuba memasuki kokpit pesawat penerbangan MH28 Malaysia Airlines sebelum dia ditumpaskan beberapa penumpang malam tadi baru sahaja keluar daripada penjagaan psikiatrik apabila dia menaiki pesawat itu.
“Dia dibenarkan keluar dari penjagaan psikiatrik pada Rabu dan kami percaya dia membeli tiket penerbangan selepas itu sebelum berlepas ke lapangan terbang dan menaiki pesawat,” kata ketua polis Victoria, Graham Ashton kepada wartawan.
Beberapa penumpang berjaya menumpaskan lelaki itu dan mengikatnya sebelum pesawat itu membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Melbourne.
Polis dari unit elit menaiki kapal terbang berkenaan, menggari dan membawa lelaki itu turun.
Penumpang pesawat yang dalam penerbangan dari Melbourne ke Kuala Lumpur itu berkata, mereka bimbang terhadap keselamatan mereka apabila lelaki berusia 25 tahun itu menyerbu ke kokpit sambil menjerit mahu “meletupkan kapalterbang ini.”
Suspek yang tinggal di Dandenong, kawasan pinggir Melbourne dan belajar untuk menjadi chef berkata, dia membawa bom.
Bagaimanapun, objek itu sebenarnya speaker Bluetooth yang lebih besar sedikit daripada iPhone, kata Ashton.
Menurutnya, kejadian itu tidak lagi dianggap kes yang berkait dengan keganasan, sebaliknya ‘kes membabitkan isu kesihatan mental.’
Dia yang sudah disoalsiasat berdepan tuduhan mengancam, membuat pengakuan palsu dan mengancam keselamatan pesawat. Dia boleh dihukum penjara 10 tahun jika sabit kesalahan.
Berita berkaitan:
• Penumpang buat hal, terpaksa patah balik
LELAKI Sri Lanka yang cuba memasuki kokpit pesawat penerbangan MH28 Malaysia Airlines sebelum dia ditumpaskan beberapa penumpang malam tadi baru sahaja keluar daripada penjagaan psikiatrik apabila dia menaiki pesawat itu.