Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

'Tak akan buat laporan polis' [METROTV]

$
0
0
Utama

hadzlihady@hmetro.com.my

“SAYA tidak akan membuat laporan polis kerana yang menampar itu orang tua,” kata Pegawai Penerangan Ketua Menteri, Zaidi Ahmad mengulas kes dia ditampar ketika perhimpuan aman di hadapan Masjid Simpang Enam, Georgetown, hari ini.

Menurut Zaidi, dia bukan mahu mencetuskan provokasi sebaliknya hanya mahu Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin membuktikan fatwa apa yang digantung kerajaan negeri.

"Saya hadir ke perhimpuman itu bagi mendengar apa yang cuba diluahkan tetapi apabila bertanyakan mengenai dakwaan isu kerajaan negeri menggantung fatwa, mereka tidak dapat menjawab malah seorang daripada peserta bertindak agresif dengan menampar muka saya.

"Saya tidak bercadang memanjangkan kejadian ini kerana yang menampar saya itu orang tua jadi saya tak akan membuat laporan polis,"katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, kira-kira 20 ahli badan bukan kerajaan (NGO) melakukan bantahan mengenai isu campur tangan kerajaan negeri dalam pewartaan fatwa di negeri ini.

Dalam perhimpunan terbabit, mereka menyatakan bantahan supaya pemimpin DAP tidak mencampuri urusan hal ehwal agama Islam di negeri ini.

Berita berkaitan:

Kena 'tampaq' depan masjid [METROTV]

Image: 

“SAYA tidak akan membuat laporan polis kerana yang menampar itu orang tua,” kata Pegawai Penerangan Ketua Menteri, Zaidi Ahmad mengulas kes dia ditampar ketika perhimpuan aman di hadapan Masjid Simpang Enam, Georgetown, hari ini.

Kena 'tampaq' depan masjid

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853