Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

'24 tahun...ia kuasa Allah'

$
0
0
Utama

norasikin_daineh@hmetro.com.my

RAKYAT Malaysia, Mohd Zulkifli Jefri, 54, yang terkandas 24 tahun di Kemboja selamat tiba di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, hari ini.

Mohd Zulkifli tiba menerusi penerbangan dari Kuala Lumpur dan disambut ahli keluarga, termasuk bapa saudara dan sepupunya, pada 11.30 pagi.

Ketika ditemui, Mohd Zulkifli melahirkan rasa gembira kerana dapat pulang semula ke tanah kelahirannya dan disambut ahli keluarga.

"24 tahun bukan masa singkat dan saya pun tak tahu, ia kuasa Allah...yang penting saya sudah sampai ke Sabah.


ANTARA petikan temubual yang disiarkan Harian Metro pada 29 April 2017.

“Berjumpa dengan semua ahli keluarga adalah perkara saya mahu buat terlebih dahulu termasuk untuk berjumpa dengan anak-anak dan mungkin, esok, saya akan pulang ke Lahad Datu," katanya.

Terdahulu, Mohd Zulkifli turut mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak termasuk Raja Muda Perlis terhadap pertolongan baginda untuk dia mendapatkan Mykadnya semula.

Mohd Zulifli pulang melalui Bukit Kayu Hitam, Kedah, Mac lalu, sebelum disahkan sebagai rakyat Malaysia dalam semakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perlis.

Harian Metro, pada 29 April lalu, melaporkan Mohd Zulkifli terkandas di Kemboja sejak 1993 selepas syarikat tempatnya bekerja muflis dan dokumen dirinya hilang.

Image: 
Image: 

RAKYAT Malaysia, Mohd Zulkifli Jefri, 54, yang terkandas 24 tahun di Kemboja selamat tiba di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853