Utama
PEMILIK Serambi Suri Corner di Kuala Kedah, Alor Setar, mencari kelainan menyata sokongan terhadap skuad Kedah.
Dia menghasilkan laksam hijau kuning bagi pelanggannya yang hendak mengisi perut menyaksikan final Piala FA antara Kedah dan Pahang, malam ini.
Haniffitriza Hamid, 38, berkata, laksam hijau kuning ini disediakan sejak 2014 iaitu setiap kali Kedah melangkah ke final, sama Piala FA atau Piala Malaysia.
"Setiap mangkuk RM3 bagi biasa dan RM4 untuk yang ada telur puyuh.
"Malah, jika Kedah muncul juara...pelanggan boleh makan percuma. Tapi untuk hidangan tambahan. Selain itu, minuman pun percuma," katanya.
Image:
PEMILIK Serambi Suri Corner di Kuala Kedah, Alor Setar, mencari kelainan menyata sokongan terhadap skuad Kedah.