Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

'Kelah Mat Don...' [METROTV]

$
0
0
Utama

zatuliffah@hmetro.com.my

"TAK sangka pemain itu menghampiri saya dan menenangkan saya sedangkan ketika itu pasukannya sedang meraikan kemenangan kerana layak ke final," kata lelaki kurang upaya Mohd Kamal Abdullah, 61.

Mohd Kamal mendapat perhatian netizen apabila gambarnya berkerusi roda dan menangis dihampiri pemain import Kedah Liridon Krasniqi yang memberi kata-kata semangat selepas tamat perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), Kuala Terengganu malam semalam, tular.

Dalam perlawanan itu, Kedah menumpaskan Terengganu dengan tiga gol sekali gus layak ke final Piala FA pada 20 Mei ini dengan agregat 4-0.

Mohd Kamal berkata, Liridon mendekatinya dan menepuk-nepuk bahunya.

Katanya, antara yang diperkatakan kepadanya adalah cuba lagi lain kali dalam bahasa Inggeris dan memintanya supaya tidak terus bersedih.

"Saya menangis sebab sebak apabila hasrat untuk melihat pasukan Terengganu ke final Piala FA tidak kesampaian," katanya yang menjadi peminat setia skuad Penyu sejak 41 tahun lalu.

Dia yang lumpuh sebelah kiri badan akibat jatuh pokok sebelum diserang demam panas ketika berusia sembilan tahun sentiasa memberi sokongan kepada pasukan Terengganu dan T-Team walaupun terpaksa hadir ke venue perlawanan dengan berkerusi roda.

Menurutnya, dia akan hadir ke stadium setiap perlawananan membabitkan dua pasukan dari negeri itu sama ada beraksi di SSINS atau di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak.

Katanya, dia juga tidak melepaskan kesempatan sekiranya mempunyai kelapangan untuk menyaksikan aksi pasukan kesayangannya di luar Terengganu.

Mohd Kamal berkata, dia menyimpan hasrat yang tinggi mahu melihat Terengganu ke final dalam Piala FA itu tetapi impiannya itu musnah sebaik pengadil meniupkan wisel tamat perlawanan

"Saya sedih sangat sebab impian sudah berkecai, saya memang mahu lihat pasukan Terengganu menang sebaliknya berlaku apabila kemenangan memihak pada pasukan lawan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Besar, di sini, hari ini.

Menurut Mohd Kamal yang juga anak sulung daripada enam beradik, minat terhadap bola sepak bermula sejak 1976 lagi yang mana ketika itu pasukan Terengganu hanya beraksi di padang polis di bandar raya ini sebelum SSINS dibina lagi.

Katanya, selain sentiasa memberi sokongan ketika pasukan Terengganu atau T-Team bermain di laman sendiri, dia turut tidak melepaskan peluang memberi sokongan terhadap pasukan negeri termasuk pernah ke Kelantan, Pahang dan Pulau Pinang.

"Saya pernah menyaksikan perlawanan pasukan Terengganu di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 1998 dan 2001 dan bagi saya itu antara pengalaman indah apabila dapat menyokong pasukan sendiri di tempat orang.

"Biasanya, saya akan pergi bersama rakan dan akan mengikut masanya. Sekiranya rakan kelapangan barulah akan membawa saya kerana kami mempunyai minat yang sama terhadap sukan bola sepak," katanya.

Bercerita mengenai kehadirannya ke stadium, Mohd Kamal berkata, rakannya, Suhaimi Ismail, 40, yang bekerja sebagai penggali kubur biasanya akan mengambilnya di rumah selepas solat Maghrib dengan menaiki motosikal untuk ke stadium.

"Itulah rutin rakan saya sejak 16 tahun lalu sekiranya dia tidak mempunyai sebarang kerja lain.

"Dia juga adalah orang ketiga yang banyak berjasa membawa saya menyaksikan perlawanan bola selepas dua lagi rakan yang selalu membawa saya sudah meninggal dunia," katanya.

Image: 
Image: 

"TAK sangka pemain itu menghampiri saya dan menenangkan saya sedangkan ketika itu pasukannya sedang meraikan kemenangan kerana layak ke final," kata lelaki kurang upaya Mohd Kamal Abdullah, 61.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853